» » » (VIDEO) Syiah Di Selangor Tunjuk Teknik ‘Solat Kipas’

Mutakhir ini, pergerakan Syiah mula kepanasan apabila Kerajaan Malaysia dan beberapa buah Kerajaan Negeri mula mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Mereka yang dahulunya bergerak secara senyap-senyap dan bertaqiyyah, tetapi apabila Pakatan Rakyat semakin kuat, khususnya PAS, mereka tidak lagi bersembunyi, tidak lagi berada di dalam kelambu.

Sebaliknya mereka sudah berani muncul secara terang-terangan dan menghina serta mencerca para Sahabat r.a, Ummul Mukminin r.a, bahkan menghina Rasulullah s.a.w, al Quran bahkan lebih teruk lagi, menyekutukan Allah Taala dengan segala macam bidaah yang disandarkan kepada Ali r.a.
Baru-baru ini, di Kedah, kematian seorang kakitangan awam, akhirnya mendedahkan bahawa Syiah sudah berakar umbi di negeri tersebut, khususnya di Pendang. Si mati yang juga merupakan seorang penyokong tegar PAS telah berwasiat agar proses pengkebumian jenazahnya dilakukan mengikut cara Syiah.

Proses tersebut dilakukan mengikut wasiatnya. Majlis pengkebumian tersebut mendapat perhatian ramai memandangkan orang ramai sangat berminat untuk melihat sendiri mazhab yang taqiyyah merupakan rukun akidah mereka, menguruskan jenazah.

Klip video di bawah merupakan pendedahan tentang kewujudan sebuah markas Syiah di Kelang. Perhatikan gaya ‘KIPAS’ mereka ketika bersolat. Klik Sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply