» » Hamba seks abang ipar

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bukan saja diperlakukan seperti hamba seks, malah dikurung dan dirogol oleh abang iparnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Lebih malang, mangsa yang pertama kali dirogol suspek berusia 30-an itu sejak 2008, di rumah sewa bapanya sebelum diugut akan mencederakannya jika mangsa mengadu kepada keluarganya.

Difahamkan, mangsa mula dijadikan hamba seks sejak tahun 2008 ketika mereka tinggal di rumah bapanya di Pulau Pinang dan berterusan diperlakukan lebih lima kali sehingga 2009

"Mangsa yang takut dicederakan terpaksa mengikut kehendak suspek sehingga dia berpindah ke Perlis dan tinggal di Jejawi sejak 2010.


"Tidak lama selepas mangsa tinggal di situ, abang iparnya datang mencarinya sebelum tinggal di rumah ibunya sejak awal tahun ini," katanya.

Menurut sumber, mangsa menjadi hamba seks ketika ketiadaan ibu dan bapanya kerana keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama abang serta kakak iparnya.

"Sebaik abang iparnya berpindah ke situ, mangsa dirogol suspek lebih lapan kali sejak awal tahun ini dan kali terakhir jam 8.30 pagi, 8 Julai lalu.

"Dalam kejadian terbaru itu, suspek mengejutkan mangsa yang ketika itu tidur di ruang tamu rumahnya di Jejawi, di sini, sebelum mengeheretnya masuk ke dalam bilik tidur ibunya sebelum merogolnya.

"Mangsa yang trauma dan merana dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Arau pada 12 Julai lalu," katanya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, kerika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply