Dalam Pilihanraya Kecil Sg Limau kali ini, UMNO Terengganu diberi kepercayaan untuk berkempen di 2 petiundi iaitu Pusat Daerah Mengundi Kg Gelam 3 dan Kg Bukit Choras. 2 Pusat Daerah mengundi yang dikatakan sangat “Hitam” kerana kebanyakan penduduk telah memberi undi kepada PAS ketika PRU 13 yang lalu.
Pagi tadi seperti biasa Wanita UMNO Terengganu telah masuk mengunjungi penduduk untuk berkempen. Memang wanita adalah sayap UMNO yang begitu dekat dengan rakyat. Mereka adalah Srikandi Negara yang sentiasa memberi khidmat terbaik untuk rakyat. Diketuai oleh YB Senator To’ Puan Hajjah Zaiton Mat Amin iaitu Ketua Wanita Marang, mereka telah berkempen di kempung Bukit Choras.
Apa yang menariknya kali ini, mereka telah diekori oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Encik Ahmad Said bukan Menteri Besar Terengganu tetapi orang kuat PAS yang bertindak untuk memantau perjalanan kempen wanita UMNO.
Penulis merasa sedikit pelik kerana pak cik ni seolah-olah takut penduduk akan termakan dengan kempen Wanita UMNO Terengganu. Beliau telah mengekori pasukan Wanita UMNO kesetiap rumah yang dikunjungi.
“Kalau nak mendekati masyarakat tak perlu masukkan politik”, begitu kata Ahmad Said kepada rombongan wanita tersebut.
Ini jelas menunjukkan PAS sebenarnya takut menghadapi Wanita UMNO. Meereka terpaksa menghantar seseorang untuk memantau . Mereka sangat takut kehilangan undi. Mungkin juga selepas ini mereka akan terus meminta Wanita PAS masuk untuk membilas.
Namun Alhamdulillah tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Sepanjang mengikut rombongan tersebut Encik Ahmad Said hanya curi-curi dengar apa yang dicakapkan, mungkin untuk menyampaikan kepada ketua mereka nanti.
Namun insyaallah, dengan kesungguhan semua jnetera termasuk wanita puteri dan pemuda, Barisan Nasional akan mendapat kemenangan di kedua-dua pusat daerah mengundi tersebut.
Kepada semua pengundi Kg Gelam 3 dan KG Bukit Choras, penulis ingin berpesan : “Tak salah sokong PAS, Tak salah juga UNDI Barisan Nasional”
No comments: