» » » Tergugat Di Kawasan Hitam, PAS Halau Kempen Wanita UMNO

Kawasan ‘paling hitam’ bagi BN di DUN Sungai Limau adalah Peti Undi Bukit Choras.
Cabaran buat jentera BN Terengganu ialah apabila diberi kepercayaan oleh BN Kedah untuk ‘masuk’ ke kubu PAS, dimana kira-kira 80 peratus penduduknya adalah PAS.

Dengan dua lokaliti iaitu Kg. Bukit Choras dan Kg. Tualang, BN mendapat 81 undi pada PRU 13 yang lalu dan PAS memperolehi 461 undi.

Kelibat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Munyiddin Yassin yang menembusi kawasan ‘sawah dan pondok’ di kawasan itu beberapa hari lalu telah membuatkan PAS tidak senang duduk.

Mungkin ‘terkejut beruk’ dengan warga beberapa sekolah pondok yang menyambut TPM dan MB, Dato’ Mukhriz Mahathir, PAS mula bergerak lebih agresif untuk mempertahankan ‘kota’ mereka.

Petang semalam, kesannya mula dirasai oleh jentera Jalinan Rakyat Wanita UMNO Terengganu apabila turun menziarahi rumah pengundi di Kg. Tualang.

Kehadiran Wanita UMNO yang bermula dengan Salam disambut dengan tindakan ‘tutup pintu’ dan suara-suara seperti ‘tak payah mai lah’ dan ‘tak payah kempen lah’.

Adakah ini gaya ‘demokrasi’ yang disuburkan oleh PAS di DUN Sungai Limau? Berceramah berdegar-degar  tetapi menolak untuk berjabat tangan dengan UMNO, tak ‘gentlewoman’ langsung.

Lebih memeranjatkan petang semalam, Wanita UMNO telah didatangi oleh seorang lelaki penyokong PAS dan menghalau kumpulan itu supaya keluar dari kampung itu. Klik Sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply