» » SABASUN mohon maaf kepada MBKT


Pengurusan SABASUN telah berjumpa dengan pihak Dato’ Bandar MBKT pada 9 Disember 2013, 3.30 petang.
1. SABASUN memohon maaf kepada MBKT dan Kerajaan Negeri di atas segala kekeliruan dan tohmahan yang timbul secara sedar atau tidak sedar.
2. SABASUN berjanji akan patuh kepada beberapa peraturan yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBKT bagi membolehkan SABASUN mendapat CF untuk bangunan perniagaannya.
3. SABASUN berterima kasih kepada MBKT kerana meluluskan permit sementara supaya SABASUN dapat berniaga seperti biasa.
4. Pemilik SABASUN, Che Salmi Che Ibrahim mengakui MBKT prihatin terhadap usahawan Melayu di Kuala Terengganu dan tuduhan kepada MBKT sebelum ini dipengaruhi sentimen politik yang tidak matang dan nakal.
5. Mengenai SABASUN 2 di Wakaf Tembesu, pengurusan SABASUN dimaklumkan urusan pengambilan tanah di luar bidang kuasa MBKT dan perkara itu dibawah Kerajaan Negeri iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
6. SABASUN akan membuat rayuan dan perbincangan bersama UPEN berkaitan perkara berbangkit di SABASUN 2.
7. SABASUN mengakui pihak UPEN telah menyatakan tanah milik SABASUN di Wakaf Tembesu akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan membina Bandar Baru Perkasa Alam, bukan diberi atau dijual kepada pihak asing seperti didakwa sebelum ini.
8. Bandar Baru Perkasa Alam antara lain turut memfokuskan aktiviti peruncitan bumiputera selaras dengan perancangan mewujudkan Daerah Baru Kuala Nerus.
9. SABASUN mengakui, sebarang masalah mungkin boleh diselesaikan melalui perbincangan, bukan melalui tindakan politik yang merugikan SABASUN sendiri.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Sabasun ni adalah penyokong kuat pembangkang. Tak hairan kalau selama ini segala tohmahan dan kesalahan dituduh kepada MBKT. Hatta mereka sanggup reka2 cerita fitnah memburukkan MBKT dan Kerajaan Negeri. Sedangkan MBKT adalah pihak yg mengeluarkan lesen yg membenarkan mereka berniaga. Aku tak taulah samada mereka ni jenis bodoh membabi buta atau pun jenis bodoh sombong.

    ReplyDelete