» » EXCO KERAJAAN NEGERI TERIMA CABARAN PADA HARI INI..MEMBUKTIKAN KPI MASING MASING


KUALA TERENGGANU 21 April - Pendekatan Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran Terengganu yang diutarakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberi makna bahawa kepemimpinan dan pengurusan negeri lebih memberi perhatian kepada kehidupan rakyat.
Setiap apa yang direncanakan, diharapkan dapat memberi kesan lebih mendalam dan meluas, akhir¬nya dapat meningkatkan mutu kehidupan, tahap kemajuan dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri.
Gagasannya itu adalah setelah me¬ngambil alih kepemimpinan negeri, di samping tetap menerus dan mengembangkan apa yang baik sebelum ini serta mengambil pendekatan baharu yang lebih terancang dan terarah.
Apatah lagi dengan cabaran-cabaran semasa yang menuntut kepada perubahan pendekatan, kerajaan negeri kini mula menggerakkan Program Transformasi Terengganu (TTP) dengan berpandukan contoh Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan.
Menerusi TTP yang diilhamkan Menteri Besar itu, sebanyak 11 Bidang Keberhasilan Utama Negeri (SKRA) dengan disokong 41 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dikenal pasti.
Esok suatu lagi catatan sejarah dalam pentadbiran negeri dicatatkan apabila Ahmad akan melancarkan SKRA di bawah TTP di pusat pentadbiran negeri, Wisma Daruliman.
Pelancaran tersebut dilihat mempunyai signifikan tersendiri kerana merupakan satu lagi usaha memperkasakan pentadbiran kerajaan negeri dan meningkatkan keberkesanan setiap program yang dirancang untuk rakyat.
Pelaksanaan TTP itu menuntut transformasi secara menyeluruh melibatkan semua peringkat iaitu daripada penggubal dasar sehinggalah ke pelaksanaan dan soko¬ngan dengan memikul tanggungjawab bersama dan seiringan.
Setiap penjawat awam sebagai jentera pelaksana, dituntut mempunyai semangat akauntabiliti yang tinggi dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan yang diama¬nah¬kan demi memastikan SKRA dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang digariskan mencapai kejayaan sebagaimana diharapkan.
Menteri Besar ketika pelancaran itu nanti akan menyam¬pai¬kan ucaptama merangkumi komitmen kerajaan negeri dalam pelaksanaan TTP yang akan menentukan hala tuju bagi mencorakkan masa depan wawasan Terengganu Maju 2020.
Ini akan disuarakan di hadapan kira-kira 2,000 orang, dalam kalangan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan, warga pendidik dan badan berkaitan kerajaan, di sam¬ping pemimpin masyarakat.
Ahmad bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala juga akan meme¬terai satu me¬morandum persefahaman (MoU) yang ba¬kal menyaksikan jalinan kerjasama strategik melibatkan Unit Transformasi, Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat.
Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri diberi tanggungjawab untuk memastikan SKRA itu menepati portfolio di bawah pentadbiran kerajaan negeri.
Pengerusinya, A. Latiff Awang menjelaskan, KPI akan bertindak sebagai indikator pencapaian yang mengukur prestasi dan pencapaian kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan rakyat.
Katanya, TTP merupakan pelan perubahan dinamik yang bertujuan untuk mentransformasikan sistem penyampaian dan pelaksanaan perkhidmatan awam.
"Kerajaan negeri akan menggunakan kaedah dan pendekatan baharu, sambil melihat model¬-model yang telah dipraktikkan kerajaan Pusat dan mana-mana yang boleh diguna pakai," kata¬nya ketika ditemui di sini semalam.
"Intipati hala tuju pembangunan itu bukan setakat untuk tempoh empat tahun sahaja tetapi agendanya bersifat menyeluruh dan merangkumi hingga tahun 2020 selari dengan Wawasan 2020 di peringkat Persekutuan.
"Program ini mengikuti pendekatan kerajaan Pusat menerusi GTP yang menggariskan tujuh Bidang Keberhasilan Utama Nasio¬nal yang disokong 55 KPI yang terdiri daripada program dan projek yang diselaraskan pelaksanaannya selari dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10)," katanya.
A. Latiff berharap program itu mampu membawa perubahan yang maksimum dan cepat daripada aspek transformasi dalam pentadbiran dan penyampaian di peringkat kerajaan.
"Besar harapan kami agar TTP mampu menjadi platform dalam merealisasikan gagasan MPPT, sekali gus membantu pengurusan kerajaan terutama dalam mentransformasi pemikiran selaras usa¬ha mensejahterakan rakyat, negeri dan bangsa untuk terus dimanfaat oleh gene¬rasi akan datang.
Setiap perubahan dan pembaharuan, tentunya bukan mudah diterima, namun selaku pemimpin, Ahmad dengan imej rakyat kebanyakan yang sentiasa melihat baya¬ngan kesukaran kehidupan masa lalunya harus berani melakukannya dalam memikul amanah dan tanggungjawab.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply