» » Setia pada parti bukan pada individu...

Kesetiaan pada parti bukan pada jawatan.

Ahli-ahli UMNO khususnya di Terengganu perlu sentiasa matang, setia dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dalam berhadapan dengan kemelut politik, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu berkata, kemelut yang melanda UMNO Terengganu bukanlah perkara baharu, sebaliknya telah bermula sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lagi.

“Bagi saya, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah melakukan kesilapan apabila mengambil keputusan keluar daripada parti. Beliau sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini.

“Dalam konteks ini, saya menyeru kepada semua pihak agar rasional, bertindak bijak dan tidak mengambil keputusan melulu sehingga melangkaui kepentingan parti ketika berhadapan dengan insiden terbaharu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, kedu­dukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu wajar dipertahankan dalam apa jua keadaan demi memelihara mandat yang telah diberikan rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Ketika Terengganu diperintah oleh pembangkang pada satu masa, banyak permasalahan rakyat tidak mampu diselesaikan dan ramai yang putus harapan. Oleh itu, jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali dan rakyat berada dalam situasi sukar.

“UMNO khususnya UMNO Terengganu mempunyai cara dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masalah dan konflik yang wujud. Pada masa sama, semua pihak harus beri ruang dan masa untuk pucuk pimpinan parti menggunakan segala saluran yang ada bagi menyelesaikan kemelut ini," ujarnya.

Beliau turut mengingatkan ahli-ahli parti agar tidak terburu-buru atau melatah ketika berhadapan dengan ujian sebegini kerana pihak lawan sentiasa menunggu untuk mengambil kesempatan. - Utusan Malaysia

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply