» » Update politik Terengganu: Terima Kasih PM!!!

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada PM dan segala barisan penasihat PM yang arif lagi bijaksana kerana telah menghadiahkan satu hadiah ulangtahun UMNO ke 68 yang amat bermakna kepada rakyat Terengganu.

"Perletakan jawatan" Ahmad Said sebagai MB Terengganu amat mengejutkan walaupun ia telah hangat dibincangkan sebelum ini.

Apa yang menarik untuk dibincangkan di sini ialah adakah masalah yang sedang berlaku kini tidak difikirkan oleh PM dan penasihatnya sehingga menyebabkan kerajaan BN Terengganu lumpuh ekoran beberapa adun BN keluar parti.

Terima kasih PM atas hadiah yang amat bermakna kepada warga UMNO Terengganu yang telah bertungkus lumus mempertahankan UMNO BN dalam PRU ke 13 yang lalu.

"Akhirnya hadiah yang ditunggu-tunggu telah tiba dari PM dan barisan penasihatnya."

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply