Ibu kurung anak OKU kejam!!!
Sebelum ini satu portal ada mendedahkan berkenaan kes seorang remaja OKU berumur 15 tahun yang dikurung ibunya dalam bilik yang dipenuhi najis dan sampah.Keadaan menyayat hati remaja tersebut mendapat simpati dari seluruh rakyat Malaysia yang mengetahui berita tersebut.Ibunya kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini ibu remaja tersebut ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dan mengatakan keadaan hidupnya yang susah dan tiada pihak yang sudi menjaga anaknya yang dikategorikan sebagai OKU tersebut.Namun seorang pengguna laman sosial Facebook telah mendedahkan akaun Facebook milik wanita tersebut dan segalanya terbongkar ketika itu.
Gambar profil Facebook wanita tersebut jelas menunjukkan gaya pemakaian wanita tersebut tidak menggambarkan kedaifan yang dialaminya.Juga dijumpai beberapa keping gambar remaja OKU tersebut pada tahun 2013 yang kelihatan sihat dan terurus tidak seperti dijumpai baru-baru ini.Semoga perkara ini dijadikan iktibar untuk seluruh rakyat Malaysia
Dizaman ini tidak relevan lagi jika kita tidak menjaga tepi kain orang,kerana berkemungkinan perkara ini akan berlaku lagi selepas ini. Selanjutnya
No comments: