» » Kisah "mak" hilang...

Citer misteri kehilangan mak...
Pagi tadi di ofis, dalam pukul 9, sedang aku kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apam mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai. Dari tadi aku tengok Apam hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

“Lu kenapa ni Apam?” – aku tanya demi meminta kepastian. Aku dengan Apam ni kira ngam juga la. Budak Perak, umur muda sikit dari aku dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga. Dia baru setahun kerja dengan kompeni aku. Sebelum masuk sini, Apam banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

“Mak aku hilang la..” – Apam berbisik perlahan.

Aku punyala terperanjat!

“Mak lu hilang?, bila hilang?” – dada aku tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apam berlalu meninggalkan aku menuju ke bahagian budak budak human resource. Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula. Apa yang aku tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

****

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apam berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

“Mak aku dah jumpa..” – kelegaan jelas terpampang di bibir Apam.

Aku cepat cepat bersyukur:

“Alhamdulillah…Jumpa kat mana?”

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada aku, Apam membalas padu: “Dalam sinki penteri.”

Aku terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.

" MUG la.. MUG..!!, pronunciation macam haram! " Sia sia aku berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara…

About Detektif Conan

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply