» » Pas hero rakyat atau jaguh kampung...???

Kenyataan Pas yang ingin mengaburi mata rakyat dengan menyatakan bahawa penangguhan kenaikan cukai pintu disebabkan oleh desakan dan demo yang mereka buat dihadapan Wisma Darul Iman pada 4 hb Jun 2014.

Sedangkan pada 1 Jun Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu telah bertemu dan menyerahkan memorandum kepada YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu di tingkat 16 Wisma Darul Iman untuk menggesa supaya kerajaan menangguh dan mengkaji semula kadar kenaikan cukai pintu yang dicadangkan oleh MBKT.

Malah sebelum itu lagi pada 22 Mei 2014 semasa majlis kesyukuran dan solat hajat yang diadakan di Bangunan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' MB telah mengumumkan bahawa kenaikan cukai pintu akan ditangguh dan dikaji semula.

Bermakna UMNO lebih dahulu bertindak sebelum Pas bertindak. Semasa sidang media selepas penyerahan memorandum oleh Datuk Sabri kepada MB, MB telah menyatakan bahawa kadar kenaikan cukai pintu yang dicadangkan oleh MBKT akan ditangguh dan dikaji semula.

Pas telah terang-terang menipu rakyat. MB telah umumkan sebelum itu bahawa kerajaan akan mengkaji balik kenaikan cukai pintu itu serta menangguhkan serta merta.

Dalam kenyataan yg berbeza Datuk Bandar juga telah umumkan penangguhan kenaikan cukai pintu serta merta pada 1 Jun 2014.

Kesimpulannya Pas hanya cuba untuk mempolitikkan isu cukai pintu di Terengganu sedangkan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang cukai pintu dinaikkan sewenang-wenangnya malah telah mewujudkan cukai yang pelik-pelik termasuklah cukai katil di Pulau Pinang. Di mana suara macai-macai Pas dalam membela rakyat berkenaan  isu-isu ini.

Adakah Pas beranggapan rakyat di Terengganu masih bodoh dan tidak tahu berfikir sehingga dengan mudah mereka ingin memperkotak-katikkan pemikiran rakyat di Kuala Terengganu khasnya dan di seluruh negeri Terengganu amnya.

Jelas dalam isu cukai pintu di Kuala Terengganu, UMNO terlebih dahulu bertindak membela nasib rakyat.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply