» » Tangguh bayar saman.. Anwar tak setuju

Yang Tak Tahu dan tak Perlu ambil tahu melainkan yang nak tahu kes saman Al Juburi ke atas Wan Muhammad Azri

27 Febuari 2014 - Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan Defendan kalah saman dan memberikan gantirugi  RM800 ribu dan kos mahkamah RM50 ribu kepada plantif Al Juburi.

3 Mac 2014 - Defendan  Wan Muhammad Azri telah Membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan atas keputusan hakim mahkamah tinggi dan pada 24 Jun ini sebutan kes di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

14 April 2014 - Al Juburi failkan perintah di Mahkamah Tinggi untuk segerakan perlaksanaan hukuman bayar gantirugi RM800 ribu dan kos mahkamah RM50 ribu yang mana diwakili 3 peguam.

(Mengikut keputusan saman yang selalunya berlaku mana mana gantirugi yang diputuskan oleh mahkamah akan ditangguhkan sehingga selesai semua proses rayuan di Mahkamah Rayuan ataupun mahkamah Persekutuan. Namun dalam kes ini Al Juburi telah bertindak menfailkan tuntutan agar pembayaran RM850 ribu disegerakan oleh defendan.)

5 Jun 2014 - Defendan Wan Muhammad Azri hadir ke Mahkamah 5 Jun 2014 dengan mewakili diri sendiri dan berhujah agar pembayaran gantirugi RM800 ribu dan kos mahkamah RM50 ribu ditangguhkan sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Peguam Al Juburi bantah dan minta wang RM800 ribu dan kos mahkamah RM50 ribu segera dibayar.

Dalam hujahan Wan Muhammad Azri kepada mahkamah dihadapan hakim Mahkamah Tinggi:

"Yang Arif Hakim, plantif iaitu Al Juburi sendiri telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya kerana Meliwat namun belum lagi dimasukkan ke dalam penjara kerana masih menunggu keputusan mahkamah Persekutuan. Jadi apa beza dengan kes saya ini yang mana saya memohon agar mahkamah menangguhkan perlaksaaan denda RM850 ribu sehingga selesai proses di Mahkamah rayuan.

Setiap warganegara Malaysia berhak mendapat keadilan yang sewajarnya dan adalah tidak adil jika Plantif Al Juburi memperolehi penangguhan dan tidak kepada saya"

Peguam peguam Al Juburi membantah hujahan Wan Muhammad Azri dan Hakim kemudiannya menentapkan 20 Jun sebagai tarikh keputusan sama ada Plantif Al Juburi berjaya mendapat perintah untuk menjerut Defendan membayar RM850 ribu @ Defendan berjaya menangguhkan pembayaran sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

FAKTA bukan AUTA hakikatnya Al Juburi dah takde duit sengkek... Hehehe

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply