» » Kemelut MB Selangor kian parah...

KENYATAAN MEDIA
22 JULAI 2014
PENGGANTIAN DAN PELANTIKAN MENTERI BESAR PERLU PATUHI UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI

Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail iaitu isteri kepada Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya tetap akan berpegang teguh kepada Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan tatacara yang khusus bagi perlantikan atau penggantian Menteri Besar.
Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang  mereka inginkan dan perlu mendapat perkenan daripada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selangor.

Segala proses tersebut perlu diselesaikan dahulu dan selagi ianya tidak selesai maka saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor  yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi khasnya daripada beberapa pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan  sistem
pentadbiran negeri.

Buat seluruh rakyat Selangor. Berfikirlah secara rasional kenapa perlu tergesa-gesa Parti Keadilan Rakyat (PKR)  melantik Menteri Besar dan ianya adalah isteri kepada Ketua Umum PKR sendiri serta bukan daripada rakyat Selangor sendiri? Tepuk dada, tanya iman. Inilah sikap akibat haloba dan ketamakan kepada jawatan sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply