» » Razif melawat Presiden Pas di IJN

KUALA LUMPUR, 3 Jul -- Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediaman saudaranya di Sentul di sini awal hari ini.

Ahmad Razif dalam lawatan tersebut meluangkan masa hampir 30 minit, ditemani oleh isterinya, To' Puan Halina Zakaria.

"Saya berasa gembira apabila melihat beliau (Abdul Hadi) sudah kembali ceria dan bertenaga. Saya berharap agar beliau cepat sembuh dan kembali bertugas," kata Ahmad Razif dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 30 Mei lalu, Abdul Hadi yang dalam lawatan ke Turki terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Medipol Hastansi di Istanbul, selepas beliau mengadu sesak nafas.

Abdul Hadi hanya pulang semula ke tanah air 18 Jun lalu dan mendapat rawatan susulan di IJN sehingga kesihatannya membenarkan untuk kembali meneruskan aktiviti politik dan dibenarkan keluar dari IJN semalam.

Pada 29 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melawat Presiden PAS itu di IJN dan meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama dengan Abdul Hadi.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply