» » » Apa kuasa Haji Hadi sebagai Presiden PAS?

Dalam sidang media yang dibuat selepas mesyuarat Pas pusat tidak kelihatan kelibat presiden Pas. DS Haji Hadi.

Dikhabarkan ketika proses pengundian usul pertukaran MB Selangor daripada 37 ajk Pas Pusat hanya 10 orang sahaja yang menyokong Haji Hadi yang selebihnya menyokong pertukaran MB Selangor dan menamakan dua nama untuk dicalonkan sebagai MB iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali.

Ini bermakna ajk pas pusat menolak dengan suara majoriti akan keputusan majlis syura ulamak Pas dan juga keputusan Presiden Pas yang sebelum ini menyokong Khalid Ibrahim kekal MB Selangor.

Keputusan mesyuarat ajk Pas Pusat yang sudah dijangka oleh banyak pihak itubtrlah membuktikan bahawa dakwaan beberapa bekas pemimpin Pas bahawa jawatankuasa Pas Pusat hari ini sudah dikuasai oleh puak-puak Anwarinas yang menentang Ulamak.

10 orang daripada 37 ajk Pas Pusat menyokong Hadi Awang adalah satu penghinaan yang hebat kepada seorang Presiden. Adakah Haji Hadi sudah tidak relevan kepada Pas? Jika sedemikian Haji Hadi patut berfikir statusnya sebagai seorang Presiden mahupun sebagai seorang ahli Pas. Kerana barisan kepimpinan dalam Pas yang dipilih oleh ahli akar umbi Pas tidak lagi memyokongnya.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply