» » Apabila orang Hindu hina Islam. Apa tindakan pihak berkuasa?

Masa Shahul Hamid didedahkan berceramah di dalam masjid di Shah Alam, seorang pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman segera membuat laporan polis. Manakala Pemuda MIC pula segera menganjurkan demonstrasi dengan laporan-laporan polis sehinggakan Shahul Hamid ditangkap dan perlu memberi keterangan di Shah Alam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Walaupun Shahul Hamid ustaz PAS dan sepertimana yang diketahui, ustaz-ustaz PAS memang nadanya adalah seperti Shahul Hamid, namun hakikat yang berlaku ialah, mengapa wujud layanan double-standard terhadap orang Melayu dan bukan Melayu.

Klip video yang menyebabkan Shahul Hamid dikecam oleh MIC adalah rakaman di dalam sebuah majlis ilmu di dalam sebuah masjid iaitu tempat tertutup. Yang pasti, Shahul Hamid tidak menyedari ia adalah rakaman yang dimuatnaik ke Youtube dan dia juga tidak menggalakkan perbuatan tersebut.

Sedangkan pada masa yang sama, penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam pula semakin menjadi-jadi. Mengapa hanya orang Islam sahaja yang dikenakan tindakan sedangkan orang bukan Islam bebas melakukan penghinaan?

Perhatikan dan bacakan printscreen yang tertera. Adakah anda rasa, ia merupakan perkara main-main? Adakah anda rasa, ia adalah perkara-perkara remeh tetapi apabila yang melakukannya orang Melayu-Islam, maka ia akan dianggap menggalakkan perkauman atau mewujudkan perasaan kebencian terhadap agama lain?- theflyingkick.blogspot.com

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply