APA pun akhirnya krisis Menteri Besar Selangor ini nanti, satu yang pasti ialah rakyat telah dihidangkan dengan kecelaruan yang berlaku dalam Pakatan. Kejap PAS belasah PKR, PKR belasah PAS, DAP belasah PAS, PAS belasah PKR dan DAP – semuanya lengkap.
Ingat, ini baru cerita satu Menteri Besar, satu negeri saja, belum lagi jadi kerajaan persekutuan tu, dramanya mengalahkan filem blockbuster barat.
Setakat huru hara sesama mereka ini saja, rakyat patut dah jelas dah betapa puak-puak ini tidak layak nak diangkat menjadi kerajaan di peringkat persekutuan. Ini belum lagi nama dipersembahkan kepada kebawah DYMM Sultan Selangor untuk perkenan baginda, baru nak bersetuju sesama sendiri pun dah macam nak karam kapal.
Kalau karam pun elok juga, memang puak-puak ini tak layak sama sekali untuk memerintah negeri apatah lagi negara.
Penulis yakin, tak siapa pun dalam Pakatan, termasuk Anwar Ibrahim yang jangka kecelaruan boleh berlaku di peringkat ini. Anwar mungkin fikir celaru akan berlaku bila nama diserah kepada Sultan untuk perkenan kerana hanya satu nama diserah.
Dan yakinlah, tidak ada mana-mana Sultan yang berkenan dengan nama satu calon diserahkan kepada baginda.
Anwar dan DAP dikatakan menanti saat ini (bertelagah dengan Sultan) kerana ramai percaya matlamat sebenarnya yang itu, bukan dengan PAS yang sekarang berdiri teguh belakang Khalid ibrahim – sekurang kurang pada masa sekarang.
Dah lama kita sebut bahawa Anwar adalah seorang yang terlalu mementingkan dirinya sahaja, mana ada fikir pasal rakyat sama sekali. Selangor ini adalah bukti jelas kepada kenyataan di atas. Sebaliknya, Anwar sering tuduh Perdana Menteri yang gila kuasa tapi siapa yang lantik isteri sendiri sebagai Menteri Besar sekarang?
Walhal, susah ke kalau Perdana Menteri nak lantik isterinya sendiri jadi Menteri? Hari ini angkat sumpah Senator, besok jadi Menteri. Tapi itu tak berlaku sebab Perdana Menteri tahu batas pemimpin di Malaysia ini; tak kira betapa tinggilah kuasa pun.
Perkara ini sahaja membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang jauh lebih hebat dari Anwar, belum kita cerita yang lain-lain lagi.
Fikir macam itu sahaja dah cukup. -SGB
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: