» » MB Khalid bakal digantung...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sedang merancang menggunakan sidang Dewan Undang-an Negeri (DUN) Selangor pada September depan untuk menggantung jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama enam bulan jika usahanya untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu sekarang gagal.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mendakwa, sehubungan itu, kedudukan Abdul Khalid masih belum selamat kerana Anwar akan menggunakan peranan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh yang juga wakil rakyat DAP bagi memastikan misi tersebut berjaya.

Beliau mendakwa, usa-ha tersebut dipercayai sedang digerakkan dengan sokongan barisan peguam Anwar yang akan turut mencari segala kelemahan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan perancangan tersebut berjaya.

"Anwar akan gunakan segala kelemahan dan peruntukan yang ada dalam dewan untuk menjayakan misi itu dan kena ingat Speaker DUN ketika ini memang tidak mempunyai kuasa tetapi sampai waktu persidangan nanti beliau boleh melakukannya atas arahan terancang.

"Sebab itu saya mengingatkan Abdul Khalid untuk berhati-hati kerana kedudukannya belum selamat lebih-lebih lagi berdepan dengan Anwar yang sanggup me-lakukan apa sahaja," katanya dalam kenya-taan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Usaha menjatuhkan Abdul Khalid yang dirancang Anwar melalui Langkah Kajang masih gagal meskipun PKR telah mencalonkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baharu dan turut memecat keahlian pe-mimpin itu daripada PKR.

Meskipun pelbagai tohmahan dan desakan diarahkan kepada Abdul Khalid untuk melepaskan jawatan, beliau masih menduduki kerusi panas itu kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain itu, beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2008 mendapat sokongan padu daripada Pas dan empat Exco kerajaan negeri parti itu yang membolehkan Abdul Khalid terus memegang jawatan secara sah.

Sementara itu, Muhammad Zahid berkata, Anwar telah meletakkan dirinya pada kedudukan yang sangat rendah dan memalukan apabila menulis sendiri surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan baginda untuk Wan Azizah menghadap dan membincangkan mengenai isu yang sedang berlaku.

Beliau dalam nada sinis berkata, Anwar kini bukan sahaja menjadi suami kepada Wan Azizah tetapi dia juga sepatutnya boleh mengisi borang untuk menjadi setiausaha sulit kepada isterinya selepas ini.

"Beliau tanpa perasaan malu berhem-pas-pulas mahu mencalonkan isterinya sendiri sampai hilang sabar lalu menulis surat kepada baginda," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140814/po_02/Anwar-rancang-gantung-jawatan-MB#ixzz3AKKJu6hU
© Utusan Melayu (M) Bhd

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply