» » “Petanda baik untuk BN merampas kembali Marang.”- Cikgu Latif.


Marang: Hampir 20 ribu rakyat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Marang yang di adakan di Dewan Sivik Kg. Binjai Rendah, Marang kelmarin. Majlis yang dihadiri oleh rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat ini di lihat sebagai petanda yang baik untuk kembali merampas Parlimen Marang yang pada ketika ini disandang oleh Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

“Kehadiran pengunjung saya jangkakan melabihi 18 ribu orang dan mungkin mencecah 20 ribu tetamu yang hadir ke majlis kita pada hari ini,” kata YB. A. Latiff bin Awang, Ketua UMNO Bahagian Marang.

Beliau yang juga merupakan ADUN Kawasan Pengkalan Berangan berkata, “Ini saya anggap sebagai satu petanda baik untuk BN merampas kembali Marang daripada PAS. Saya melihat perkara ini sebagai satu permulaan dalam usaha untuk mengembalikan sokongan rakyat di Marang kepada kita memandangkan dalam PRU 13 yang lalu hanya kerusi DUN Pengkalan Berangan yang BN menang di Parlimen Marang.”

“Pendekatan yang kita gunakan ialah, kita meminta pemimpin di peringkat akar umbi untuk membuat program dan kita akan turun ke kampung-kampung untuk menjayakan program bersama dengan masyarakat di bawah. Ini saya rasa lebih berkesan kerana kita dapat berjumpa lebih dekat dengan masyarakat berbanding dengan mengadakan program secara besar-besaran,” katanya.

“Walau bagaimanapun kita tetap akan mengadakan program-program besar sepertimana yang kita buat hari ini (kelmarin) untuk meraikan dan penghargaan atas sokongan rakyat kepada kita,” ujarnya lagi.

Beliau juga berharap kerjasama dan persefahaman serta hubungan mesra antara pemimpin UMNO di bahagian Marang sebagaimana yang ada sekarang dapat terus dikekalkan demi untuk memastikan kerusi yang tewas dapat dirampas kembali di samping mengekalkan kemenangan di DUN Pengkalan Berangan dalam PRU yang ke 14 nanti ujarnya  kepada media selepas majlis berkenaan.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. 20 ribu hadir untuk makan bukan untuk undi bn, awas jngn tertipu dgn jumlah kehadiran begitu, banyak lagi faktor lain kna ambil kira untuk menang

    ReplyDelete