» » Puisi untuk UMNO, PKR dan PAS

Kami undi untuk kamu perintah negeri.
Bukan untuk kamu bergaduh berkelahi.
Kami undi agar kamu berpakat sebulat hati.
Bukannya hanya berpakat suami isteri.

Kami undi agar kamujaga kebajikan kami.
Bukannya untuk kayakan diri.
Kami undi agar hukum agama dihormati
Bukan untuk dibelakangi.

Kami undi agar kebajikan rakyat diberi
Bukannya rakyat diabai dan dianiayai.
Kami undi agar senanglah kami cari rezki.
Bukannya hidup dalam takut tidak terperi.

Kami undi agar anak anak kami mudah mengaji.
Bukannya untuk menyusahkan kami tercari cari.
Kami undi kamu jadilah menteri.
Jangan susahkan kami undi sekali lagi.

Bimbang juga sokongan rakan kami akan lari.
Akibat jemu didalam hati.
Melihat perangai kamu yang asyik berkelahi.
Hingga tak kenal saudara sendiri.

harap2 terasalah kepada mereka yang berkenaan...

About Detektif Conan

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply