» » Rahsia kekentalan warga Gaza menghadapi kekejaman Israel


"Al-Quran menjadi santapan rohani setiap hari umat Islam di Palestin walaupun dikejutkan dengan bom saban hari, hati mereka tetap kental mempertahankan tanah air mereka,"  demikian curahan pengalaman Mohd Idrus Abd Hamid ketika beliau menjadi salah seorang sukarelawan ke Palestin pada tahun 2012.

Mohd Idrus yang juga merupakan Penolong Koordinator Projek Gaza Viva Palestin Malaysia berkata, ketika beliau bertanyakan soalan kepada beberapa pemuda mengenai adakah mereka sanggup meninggalkan bumi Palestin untuk mencari 'kedamaian' di luar, tiada seorang pun daripada mereka yang berkata 'ya'.

"Kentalnya mereka ini, ketika ditanya tiada seorang pun yang hendak keluar dari Gaza walaupun nyawa mereka berada di hujung tanduk saban hari.

"... Sementara anak-anak kecil tidak nampak dalam ketakutan ataupun fobia apabila mendengar dentuman bunyi yang dahsyat, kerana bagi mereka itu keadaan biasa.

"Sebaliknya mereka inilah yang menjadi  penghibur kepada keluarga mereka dan kami.

" Dalam pada itu mereka ini (anak-anak Palestin) setiap minggu mereka akan ada kem, kem ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi jati diri mereka dan di kem itulah mereka akan diajar al-Quran, sejarah Palestin serta lain-lain," katanya.

Berbicara lanjut, hati Mohd Idrus hiba apabila mengenangkan keadaan di Gaza.

Katanya, jika sesiapa pernah pergi ke kawasan-kawasan setinggan di Kuala Lumpur awal 70-an, mereka  akan dapati keadaan di Gaza lebih teruk lagi.

"... dengan rumah yang terhimpit-himpit dengan lorong yang kecil, cuba bayangkan.

"...kemudian ada rumah yang tidak berbumbung, ada tempat kecil sahaja yang mereka boleh tidur, jadi ini yang saya nampak di sana, sepatutnya kita diberi oleh ALLAH dengan segala kemudahan kita patut bersyukur," katanya.

Mohd Idrus yang pernah ke Gaza beberapa kali sebelum ini pernah berhadapan dengan detik cemas ketika di sana.

"Sebenarnya kami pergi pada tahun 2012.

"Jadi selepas peperangan itulah, yang paling nyata saya dapat lihat adalah kesukaran ketika berada di sana.

"Semasa pergi bersama sebuah badan NGO yang lain  kami diberi masa tempoh seminggu tetapi masuk hari keempat kami di arah untuk keluar kerana Israel beri amaran kepada Mesir supaya tidak membenarkan konvoi kami berada di Gaza.

"Israel bercita-cita untuk melancarkan serangan selepas itu, Jadi itu cabarannya.

"...oleh itu sesiapa sahaja sukarelawan yang ke sana nyawa mereka tiada jaminan kerana Israel boleh menyerang bila-bila masa sahaja," jelasnya.

Kekejaman Israel makin terserlah, apabila menjengah sahaja bulan Ramadan tahun ini, mereka telah melancarkan serangan roket bertali arus bagi membunuh umat Islam di sana.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang seagama hendaklah sentiasa melakukan apa sahaja yang terdaya bagi membantu umat Islam disana.

Semoga ALLAH sentiasa memberi perlindungan kepada umat Islam seluruh dunia. Amin.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply