» » Tiga sahabat maut dalan kemalangan

DUNGUN 29 Ogos : Tiga sahabat termasuk seorang wanita terbunuh apabila kereta Proton Perdana yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan Utiliti Serbaguna SUV di Kilometer 18, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), petang ini.
Mangsa Zuhairi Mahmood, 32, dari Felda Kerteh 6, Noor Aida Osman, 29 dan Mohamad Haiqal Sani, 22 dari Bukit Sentosa, Rawang Selangor matI serta merta di tempat kejadian.
Dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 petang, ketiga - tiga mangsa  dikatakan dalam perjalanan darI arah Paka menghala ke AMBS dipercayai terbabas ke kanan jalan selepas melalui satu selekoh di situ.
Berikutan itu, kereta yang dipandu Zuhairi kemudiannya bertembung dengan kenderaan SUV jenis Honda CRV  yang dinaiki oleh tiga lelaki dari arah AMBS. Akibat dari rempuhan itu menyebabkan kereta Proton Perdana itu terputus dua.
Zuhairi yang parah di bahagian kepala dan keseluruhan badan dan Noor Aida yang putus tangan kiri dan kaki kanannya tersepit di tempat duduk hadapan mati serta di tempat kejadian.
Manakala Mohamad Haiqal yang parah di bahagian kepala dan badannya tercampak kira-kira 15 meter akibat dari rempuhan itu turut meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu Honda CRV ,  Rohaimi Mohamad 47, merupakan seorang pegawai polis berpangkat ASP dari Kementerian Dalam Negeri , Putrajaya yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pusat Latihan Polis ( PULAPOL ) , Rantau Abang untuk merasmikan penutupan tamat kursus pengawal keselamatan esok.
Ketika kejadian Rohaimi bersama adiknya Abdul Hakam Mohamad Esivan 37, dan anaknya Mohd Faizal Rusydan Mohamad ,14.
Rohaimi hanya mengalami kecederaan ringan manakala Abdul Hakam dan Mohd Faizal Rusydan dalam keadaan kritikal dan dirawat Di Unit Kecemasan Hospital Dungun
Anggota Bomba Dan Penyelamat dai Balai Bomba dan penyelamat Paka seramai lima anggota  mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit kerana keadaan kereta yang remuk teruk akibat perlanggaran tersebut
Kemalangan itu menyebabkan kesesakkan di kedua-dua arah jalan  dan terpaksa ditutup kepada lalu lintas selama sejam. Orang ramai terpaksa menggunakan jalan pintas untuk menuju ke Paka dan AMBS.
Mayat ketiga - tiga mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu dan  kes di siasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply