» » Empat exco Selangor letak jawatan

Empat Exco kerajaan negeri daripada Pas masing-masing meletakkan jawatan mereka selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor semalam.
Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, peletakan jawatan mereka berkuat kuasa semalam atas alasan pelantikan mereka sebelum ini adalah atas pilihan Abdul Khalid ketika menjadi Menteri Besar.
Selain Iskandar, tiga lagi Exco terbabit ialah Dr. Ahmad Yunus Hairi, Dr. Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi.
"Kami dipilih ketika Tan Sri Abdul Khalid menjadi Menteri Besar. Apabila beliau sudah meletakkan jawatannya, kami juga perlu meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri.
"Kini kerajaan negeri tidak lagi mempunyai Exco. Senarai barisan Exco baharu akan diumumkan oleh Menteri Besar yang baharu. Kita tunggu lantikan baharu nanti," katanya di sini hari ini.
Abdul Khalid semalam menamatkan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mengangkat sumpah jawatan itu secara rasmi di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.
Barisan Exco yang baharu dijadual mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Jumaat ini.
Dalam pada itu, Iskandar yang juga ADUN Cempaka ketika ditanya sekiranya ditawarkan semula jawatan Exco di bawah pentadbiran Azmin memberitahu, beliau sedia mempertimbangkannya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140924/po_03/4-Exco-Pas-turut-letak-jawatan#ixzz3EBf4KyCf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply