» » Haji Hadi digesa mohon maaf dengan Wan Azizah



SHAH ALAM - Sayap Wanita PKR menuntut agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon maaf kepada presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas kepimpinan Pas itu mengkritik keupayaannya sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan itu perlu untuk mengembalikan semula perpaduan dalam parti komponen PR itu.

"Demi cinta kepada ahli-ahli Pas dan juga untuk perpaduan parti komponen PR, Keadilan Wanita menggesa Hadi Awang meminta maaf kepada presiden parti kita, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Perkara itu (kritikan) itu sudah berlalu dan kita harus merapatkan barisan dan bergerak ke hadapan lagi.

"Kami berharap bahawa Hadi akan meminta maaf atas semua tuduhan yang tidak enak dilemparkan terhadap presiden parti kita," katanya dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, Abdul Hadi paling lantang menentang pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dan menjelaskan ia bukan disebabkan faktor jantina.

Sebaliknya, kata Abdul Hadi, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR itu khususnya ketidakupayaannya ketika menjawab soalan dalam sidang Dun Selangor dan berdialog dengan lawan.

“Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.

“Kalau daripada awalnya lagi dia (Dr Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri. Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)," soal Abdul Hadi.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor juga turut mempertahankan keupayaan dan kebolehan bosnya untuk menggalas jawatan Menteri Besar Selangor.

"Kami berpendapat bahawa seorang wanita mampu untuk memegang jawatan sebagai MB," katanya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply