» » Haron Din akui Wan Azizah tidak layak

 Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata Majlis Syura menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kelayakkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Menurut Dr Haron, kenyataan Abdul Hadi itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dalam mencalonkan mereka yang layak mentadbir negeri Selangor.
“Itulah  penilaian dan pandangan (yang dibuat) Majlis Syura sebelum ini.
“Kalau dia (Wan Azizah) cukup kelayakan sudah tentu Majlis Syura akan menyokong” katanya ketikia ditemui wartawan SuaraTV sejurus selepas forum perdana yang diadakan di perkarangan Dataran Surau An Nur Seksyen 3, malam tadi.
Mengikut jadual asalnya, beliau bersama Abdul Hadi sepatutnya turut berucap dalam program yang diadakan itu, namun ia dibatal pada saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dimaklumkan.
Forum yang diadakan itu membariskan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan dan Ketua Dewan Ulama Wilayah Persekutuan Ustaz Riduan Md Nor.
Menurut Dr Haron lagi, masih ada calon yang lebih layak untuk dieprtimbangkan berbanding Wan Azizah.
“Dalam Islam bukan soal gender tapi apa yang lebih penting adalah soal amanah, kemampuan. latar belakang dan sejarah seseorang itu” katanya lagi.
Namun PAS akhirnya menyerahkan kepada budi bicara Sultan Selangor untuk memilih siapa yang difikirkan baginda layak untuk mentadbir kerajaan negeri.
Hadi dalam kenyataan sebelum ini berkata PAS menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi keranan beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memimpin.
Menurut Hadi, Islam telah menetapkan beberapa ciri dan syarat dalam melantik seorang pemimpin.
“Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.
“Kalau daripada awalnya lagi dia (Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri.
“Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)” katanya.
Mengikut rekod Wan Azizah tidak lagi aktif dalam politik sungguhpun beliau memegang jawatan sebagai Presiden PKR sejak 2008.
Bagaimanapun beliau tiba-tiba dicalonkan sebagai calon PKR untuk bertanding di DUN Kajang selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakkan untuk bertanding selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Azlan Bukhari.
Azizah kemudiannya dinamakan sebagai pengganti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh Anwar pada 22 Julai lalu.
Bagaimanapun Majlis Syura PAS menolak keputusan itu dan mahu mengekalkan Abdul Khalid sebagai MB.
PKR kemudiannya memecat Abdul Khalid dan ‘mencuri’ dua ADUN PAS untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah.
Mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 17 Ogos lalu turut menetapkan nama presiden PKR itu, serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.
Bagaimanapun, difahamkan Abdul Hadi menggunakan kuasanya sebagai Presiden PAS untuk mengemukakan senarai berbeza yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin untuk dikemukakan kepada Istana Selangor 3 September lalu

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply