» » Krisis MB Selangor: Maaf tapi kekal calon Wan Azizah satu penghinaan kepada Sultan Selangor

PKR telah menyatakan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor namun dalam masa yang sama tetap mempertahan dan mengekalkan Presidennya sebagai calon MB Selangor.

Dari satu sudut ia satu perkara yang baik kerana mereka mengakui kesilapan mereka namun jika dilihat dari satu sudut yang lain walau telah memohon maaf namun mereka masih tetap engkar dan derhaka dengan titah perintah Sultan Selangor itu.

Memang mereka mempunyai hak untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai MB tetapi Sultan juga berhak untuk meminta apa yang baginda inginkan lebih-lebih lagi berkait dengan perkara yang melibatkan urus tadbir negeri baginda.

Bagi penulis ini seolah-olah PKR mencabar institusi raja di Selangor dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai agenda sempit parri mereka sehingga sanggup menderhaka kepada sultan.

Apa  yang dilakukan oleh PKR bukan sahaja telah menghina institusi raja di Selangor malah turut memperlekehkan PAS. PKR seolah-olah tidak mengiktiraf peranan PASbyang telah banyak berkorban deme memenangkan Pakatan di Selangor kerana umum mengetahui kekuatan Pakatan adalah bergantung kepada jentera akar umbi PAS.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply