» » Maut sembelih diri


Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang baru tiba ke asrama penginapan selepas sarapan terkejut menemui rakan senegaranya tertiarap dengan kesan kelar di leher di sebuah flat di Jalan Haji Abdul Manan, Meru dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa, Yam Bahadur Singh Thapa, 40, juga seorang pengawal keselamatan ditemui berlumuran darah di atas katil.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum kejadian, mangsa bangun daripada tidur jam 6.30 pagi ketika rakan serumahnya bersiap untuk ke tempat kerja di kawasan perindustrian berhampiran.

“Seorang lagi rakan mangsa dikenali sebagai Mahendara, 30-an, pulang ke asrama selepas selesai bertugas jam 8 pagi namun mendapati mangsa tiada di bilik.


“Mahendra keluar semula untuk bersarapan sebelum pulang jam 10 pagi. Dia terkejut apabila menemui mangsa tertiarap di atas katil dengan kesan kelar pada leher.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply