» » PASMA akan dilancarkan di Terengganu. PAS Terengganu diambang perpecahan


PASMA akan tetap dilancarkan di Terengganu walaupun Pas Terengganu melarang ahli-ahlinya daripada menyertai NGO berkenaan. 

Presiden PASMA, Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi berkata, adalah menjadi satu kerugian kepada ahli PAS di Terengganu jika mereka dilarang untuk menyertai PASMA.

Menurut beliau lagi Pas Terengganu akan semakin lemah sekiranya ahli-ahlinya dihalang daripada menyertai PASMA sebagaimana di Kelantan apabila PAS di Kelantan mengalami kekalahan memalukan di dalam PRK Pengkalan Kubor minggu lalu.

Beliau cuba mengaitkan kelemahan PAS hari ini kerana tiadanya NGO seperti PASMA yang mampu menguatkan PAS.

Apa yang nyata ialah kewujudan PASMAlah yang telah menyebabkan PAS dilihat semakin lemah ekoran PAS hari ini berpecah kepada dua puak iaitu puak yang menyokong Ulamak dan puak yang menyokong Bang Non atau lebih dikenali dengan puak atau golongan Anwarinas.

Fakta yang tidak dapat disembunyikan ialah kelemahan PAS hari ini adalah disebabkan oleh wujudnya golongan yang cuba menjatuhkan kepimpinan Ulamak di dalam PAS. Di dalam senarai jawatankuasa PASMA berapa orang golongan ulamak yang ada di dalamnya. Yang ada hanyalah golongan yang begitu kuat mendokong perjuangan PKR dan DAP. Malah golongan inilah yang dilihat begitu lantang mengkritik kepemimpinan Ulamak yang ada hari ini.

PASMA tahu bahawa PAS memiliki jentera yang kuat jika dibandingkan dengan PKR yang dilihat bagai melukut di tepi gantang. Di Terenggtanu, satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR adalah atas faktor sokongan daripada pengundi PAS. Jika tanpa pengundi daripada ahli PAS PKR jangan harap akan menang di kerusi DUN Bandar jika hanya bergantung kepada undi kaun Cina.

Kewujudan PASMA dilihat sebagai satu cara pakatan untuk mempertahankan kekuatan pakatan kerana tanpa PAS, pakata akan berkubur.

Dari satu sudut dapat dilihat kewujudan PASMA adalah bagi menafikan kuasa presiden dan Majlis Syura Ulamak dalam membuat sati-satu keputusan kerana dalam setiap keputusan yang dibuat oleh presiden dan Majlis Syura ia seringkali berbeza dengan keputusan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kerana majoriti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat adalah mereka yang cenderung kepada Anwarinas.

Jika perkara ini tidak dipandang serius oleh PAS, tidak mustahil PAS akan terus tenggelam dan berterusan akan menjadi kuda tunggangan kepada PKR dan DAP. Segala pandangan dan pendapat PAS tidak akan lagi diambil kira dalam pakatan kerana pemimpin yang ada akan terus dicucuk hidung dan dikambing hitamkan oleh PKR dan DAP.

Sampai bila sebuah parti yang kuat pada dasarnya tetapi pemimpinnya terpaksa dicucuk hidung oleh orang lain, ditarik ke sana ke mari, menjadi 'yes man' dalam apa jua perkara termasuk dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan agama Islam dan kepentingan umat Melayu dan Bumiputra.

Kepada ahli PAS di Terengganu khususnya adakah anda sanggup melihat Haji Hadi terus dikritik dan dikutuk dek kerana wujudnya pemimpin-pemimpin yang berkepentingan di dalam PASMA. 

Tidak mustahil kerana tersilap percaturan PAS Terengganu tidak akan segah hari ini. 

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply