» » Selangor bakal diterajui parti majoriti anti Islam?

Sekilas pandang dengan kedudukan Adun-Adun DAP (15) PKR (13) campur 2 pembelot (Saari Sungib dan Hasnul Baharudin) dari PAS, sudah cukup untuk gabungan sejumlah 30 orang itu menubuhkan kerajaan, tanpa penyertaan PAS.

Hadi dapat menghidu, jka keadaan ini berlaku (PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat) maka akan terbentuklah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh bukan Islam.

Meskipun PKR mempunyai 13 Adun campur 2 pembelot PAS, maka jumlah adalah setara dengan DAP yang juga mempunyai 15 Adun. Akan tetapi, dari 13 Adun PKR, 3 adalah bukan beragama Islam iaitu Gan Pei Ni, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jeyakumar.

Dari kedudukan itu maka komposisi pengawalan Kerajaan Negeri Selangor (dengan andaian PAS ditendang dari Pakatan Rakyat) adalah 12 Adun Islam dan 18 Adun bukan Islam.

Memikirkan keadaan demikian, maka timbul cerita mengatakan Hadi menawarkan jawatan MB kepada Azmin, dengan syarat Azmin kena membawa sekali beberapa orang lagi Adun PKR bersamanya.

Kini mula menampakan kegigihan Hadi untuk menyelamat umat Islam dan Melayu di Selangor. Khabarnya, Hadi akan melancarkan road show pertamanya di Dataran Surau An Nur, Seksyen 3 Bangi bermula 9.30 malam.

Kecuali Ketum Anwar boleh memaksa 3 Adun bukan Islam PKR mengucap 2 kalimah syahadah, mungkin Hadi akan membatalkan road shownya ke seluruh Selangor.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply