» » » Tiga penjuru di Pengkalan Kubor


Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN, Mat Razi Mat Ail; Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN tersebut, Mohd. Sobri Ramli selepas proses penamaan calon di bilik gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat selesai.
Proses penamaan calon tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini biarpun ribuan penyokong BN dan PAS membanjiri kawasan tersebut.
Proses mengundi untuk pilihan raya tersebut akan diadakan pada 25 September ini.
Turut hadir mengiringi Mat Razi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dua Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal.
Hadir memberi sokongan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed; Ketua Wanita UMNO, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.
Calon PAS pula diiringi oleh Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mat Akim.
Bagaimanapun, tidak kelihatan pemimpin tertinggi DAP di kawasan tersebut.
Mat Razi yang lebih dikenali dengan ‘Ustaz Mat Razi’ adalah bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Pengasas Pondok Simpangan.
Wan Rosdi pula seorang kontraktor binaan dan Setiausaha Pas Kawasan Tumpat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Noor Zahidi dari BN menang dengan majoriti 1,736 undi untuk menewaskan Saharun Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Izat bukhary Ismail Bukhary (Bebas) yang hanya menerima 65 undi.
DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi berdaftar di mana 51.84 peratus atau 12,462 orang daripadanya adalah lelaki.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply