» » Ewal dan Cacha Maembong berpisah


Hubungan cinta antara bekas pelajar AF2014 Ewal dan pelakon Chacha Maembong telah berakhir sejak tahun lalu.

Menurut Ewal yang juga merupakan pemenang tempat ketiga #AF2014, punca berakhirnya hubungan cinta tersebut adalah kerana kekangan masa dan kesibukan kerja.

“Sebenarnya saya dan Chacha dah lama putus… Sejak dari tahun lepas lagi dan keputusan itu dibuat atas persetujuan kedua belah pihak.

“Hubungan kami hanya bertahan selama enam bulan sahaja dan punca perpisahan kami adalah disebabkan kekangan masa… Masing-masing sibuk dengan kerja jadi kami ambil keputusan untuk berpisah.

“Walaupun begitu saya dan Chacha tiada masalah dan kami amsih berkawan.” katanya.

Selain itu, pemenang tempat ketiga AF2014 ini juga memberitahu dia sudah bersedia untuk menempuh apa jua cabaran yang mendatang termasuklah kontroversi.

“Saya dah bersedia nak hadapi komen-komen tidak baik berkenaan diri saya dan bagi saya perkara itu akan menaikkan lagi semangat saya untuk terus berada di dalam industri.

“Tapi buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan soal cinta dan hanya mahu lebih fokus terhadap kerjaya saya.” ujarnya.

Ewal juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong yang mengundinya sehingga meraih tempat ketiga di Akademi Fantasia 2014.



About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply