» » KALIMAH ALLAH: Herald mohon semakan semula


Herad telah memfailkan semakan semula berkaitan penggunaan kalimah Allah. Adakah ini berikutan pemulangan semula Bible bahasa Melayu oleh Kerajaan PAKATAN Selangor baru-baru ini. Apakah pandangan PAS dalam isu ini.

PUTRAJAYA 18 Nov. - Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 21 Januari tahun depan untuk mendengar permohonan Gereja Katolik menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya membuat rayuan mengenai tindakan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguannya, Herald menggunakan kalimah Allah.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Nor Aziati Jaafar menetapkan tarikh itu ketika mengendalikan pengurusan kes berhubung perkara itu di kamar beliau, semalam.
Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan berkata, mahkamah itu memerintahkan semua responden (KDN dan pencelah yang terdiri daripada enam majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Islam Malaysia [Macma]) memfailkan afidavit jawapan masing-masing terhadap permohonan gereja itu selewat-lewatnya pada 8 Disember ini.
Katanya, pemohon, iaitu gereja berkenaan, dan responden juga dikehendaki memfailkan hujahan bertulis masing-masing selewat-lewatnya pada 7 Januari tahun depan.
Peguam James Lopez mewakili gereja berkenaan, manakala peguam Tajuddin Razak mewakili Macma dan menyebut bagi pihak Majlis Agama Islam Terengganu.
Peguam, Mohd. Fasha Mustafa mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Selangor serta menyebut bagi pihak peguam yang mewakili Majlis Agama Islam Melaka dan Majlis Agama Islam Johor.
Pada 19 September lalu, Gereja Katolik memfailkan permohonan untuk menyemak semula penghakiman majoriti panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun 2014 yang menolak permohonan gereja itu mendapatkan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Permohonan itu dibuat berlandaskan tiga asas luas, termasuk isu perundangan tertentu yang menjadi teras kepada permohonan untuk mendapatkan kebenaran itu dari segi skop Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Gereja itu memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu yang membenarkan kerajaan merayu untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 bahawa Herald boleh menggunakan kalimah Allah.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan KDN melarang Herald menggunakan kalimah itu adalah tidak mengikut undang-undang, tidak sah dan terbatal.
Gereja Roman Katolik, yang ketika itu dipimpin Ketua Paderi Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan semula kehakiman pada 2009 dengan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden serta menuntut, antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald adalah bercanggah dengan undang-undang. - BERNAMA



About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply