» » Kawasan Pantai Terengganu dijangka terus menerima hujan lebat hari ini

KP Kuala Terengganu melawat mangsa dan kawasan banjir

Taburan hujan lebat di kawasan sebelah pantai di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Paras air di sungai-sungai utama seluruh negeri masih mencatat paras normal manakala angin kencang dan laut bergelora dijangka membawa angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak 3.5 meter.

Ribut petir di perairan Terengganu dijangka berterusan dan kawasan pantai terdedah dengan kenaikan air paras laut," katanya dalam kenyataan Isnin.

Tidak terlepas di Kampung Teluk Paku yang mengalami banjir pada tahun ini selepas 28 tahun yang lalu iaitu banjir besar yang berlaku di negeri Terengganu pada tahun 1986(banjir merah) .

Menurut Pengerusi JKKK Teluk Paku, Ayob Mamat (55), banjir di kampung ini hanya melibatk an jalan perhubungan penduduk terputus untuk melalakukan kerja harian mereka.

"Sepanjang 28 tahun yang lalu inilah kali kedua kampung ini telah menjadi sebuah pulau kerana kedua-dua jalan masuk ke sini ditengelami air sedalam puratanya 1.5 kaki"

"Keadaan ini yang mungkin akan menyukarkan kepada para pekerja kerajaan dan swasta untuk menghadirkan diri ke tempat kerja masing-masing".

"Saya mewakili penduduk kampung berharap mana-mana jabatan kerajaan dan swasta mempertimbangkan masalah yang berlaku ini kerana ia adalah salah satu bencana alam yang tidak dapat kita semua elakkan.

"Punca sebenar banjir disini kerana pembangunan dan menimbus tanah bagi perumahan milikan sensiri serta tiada saliran yang sempurna mengakibatkan banjir kali ini berlaku"_

"Kami mengharapkan pihak yang berwajib akan melihat perkara ini supaya ia tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang dengan pengairan yang sempurna.

Sementara beberapa pusat pemindahan telah dibuka dibeberapa kawasan antaranya Sekolah Kebangsaan Chendering (38 orang), SK Seri Payong(447 orang), SK Rusila (225 orang) serta SK Komplek Gong Badak (400 ++ orang).

Segala kelengkapa mangsa-mangsa banjir sudah digerakkan dan keperluan asas seperti tilam, bantal, selimut, lampin dan makan harian sudah diedarkan oleh pihak berwajib antaranya JKM, JPAM, Rela. Bomba, Pejabat Daerah, MKN dan agensi-agensi yang berkaitan.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply