» » Kronologi hari kedua misi mencari dan menyelamat mangsa hilang di Gunung Terom


2 November 2014, Hulu Terengganu :
Lokasi : Hutan Lipur Sekayu, Laluan Gunung Gajah Terom
2.00 a.m. : Bapa saudara mangsa bersama 3 orang turut serta dalam misi mencari dan menyelamat adik Rafikin. Usaha mencari selama 3 jam tidak menemui sebarang petunjuk kerana keadaan yang gelap menyukarkan misi pencarian. Ayah saudara mangsa kemudiannya memberhentikan operasi pada jam 5.00 pagi.
taklimat pagi
7.00 a.m : Anggota BOMBA bersama JPAM mula memberi taklimat SAR. 3 Kumpulan dipecahkan untuk operasi ini.Unit anjing pengesan PDRM (K9) juga digerakkan ke lokasi SAR. Kumpulan -kumpulan ini terdiri daripada anggota BOMBA, PDRM, JPAM, RELA dan AJK Penganjur. Kumpulan pertama memulakan pencarian.
9.00 a.m : Unit anjing pengesan BOMBA tiba di lokasi menjadikan jumlah ajing pengesan yang digunakan 4 ekor.
anjing
10.00 a.m : YB Rozi Mamat turut mendengar taklimat dari BOMBA untuk menyertai operasi SAR. Beberapa orang tempatan dan Ustaz juga turut serta dalam misi ini.
rozi
3.30 p.m.  : Pihak media menemuramah ahli keluarga mangsa, Azlida Othman, ibu saudara kepada mangsa. Beliau berharap agar anak saudaranya ditemui dengan selamat.
azlida
4.30 p.m : Ketiga-tiga kumpulan (Pagi – Petang) tamat operasi dan bergerak semula ke command centre untuk diganti dengan kumpulan seterusnya. Tiada sebarang petunjuk didapati. Walaubagaimanapun, pegawai bomba yang turut serta dalam operasi tersebut ada memaklumkan laluan-laluan mencabar dan sukar, malah adanya tempat-tempat yang mengelirukan dan boleh membawa kepada sesat.
5.30 p.m : Ayah mangsa, Azman, kelihatan turun dari kaki bukit dalam keadaan yang letih, beliau disambut oleh ibunya dan suasana hiba di lokasi mula dirasai apabila kedua mereka berpelukan dalam tangisan.
azman2

azman
6.00 p.m : Menteri Besar Terengganu, Dato Haji Ahmad Razif Abd Rahman tiba di lokasi untuk mendengar taklimat misi mencari dan menyelamat. Beliau juga menyeru supaya seluruh rakyat Terengganu membuat solat hajat dan berdoa supaya adik Rafikin ditemui. YB Razif sempat berjumpa dengan ayah mangsa dan menzahirkan simpati beliau kepada keluarga mangsa
6.30 p.m. : Pada ketika ini, petunjuk-petunjuk dari beberapa orang yang menyertai SAR menyatakan kehilangan adik Rafikin mungkin ada bersangkutan dengan perkara mistik.
7.30 p.m : Sekumpulan anggota BOMBA dan JPAM seramai 22 orang mula meneruskan SAR untuk tempoh sepanjang malam.
bomba malam
8.00 p.m : Misi mencari dan menyelamat diperhebat dengan bantuan anggota ATM (tentera darat) dari kem Seberang Takir seramai 35 anggota.
askar
8.30 p.m : Pasukan yang terdiri daripada anggota RELA dan orang awam berkumpul mendengar taklimat dari pegawai BOMBA sebelum meneruskan misi pencarian.
rela
9.30 p.m : Pasukan keselamatan melaporkan ada kedengaran seperti suara meminta tolong disyaki mangsa di kawasan air terjun tingkat tujuh Sekayu. Pihak keselamatan masih berusaha menjejaki arah dari mana datangnya suara itu yang dipercayai datang dari gigi air.
10.00 pm : Jumlah keseluruhan anggota SAR sehingga kini untuk sepanjang malam adalah seramai 136 petugas. Misi SAR akan diteruskan sepanjang malam walaupun berdepan dengan cuaca buruk.
jpam

Gambar klik sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply