» » NGO "SIS" SESAT?!!

Menjulang idea Liberalisme merupakan salah satu dari tindakan untuk memesongkan akidah umat Islam. Menerima fahaman Liberalis yang tidak berlandaskan syariat juga 'Sesat".

Itu diantara perkara yang perlu difahami oleh puak - puak Liberalis yang menggelarkan diri mereka sebagai Sister In Islam. Hakikatnya, mereka hanya 'Bertopengkan' Islam dalam gerakan mereka.

Gerakan yang dipengaruhi oleh golongan - golongan Pro Feminisme ni dah lama tidak diperakui kerana tindak tanduk mereka dalam mempertikaikan Hukum Islam agak mencurigakan.

Maka atas dasar itu, tindakan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor, dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menetapkan bahawa gerakan itu sebagai satu gerakan 'Sesat'.

Namun, tindakan tersebut telah dibantah oleh gerakan tersebut dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini yang membuat keputusan untuk memfailkan semakan undang - undang.

Jelas Pengarah Eksekutif SIS, mereka akan memohon kepada pihak mahkamah untuk mengiktiraf NGO tersebut agar terjamin kedudukannya dan dihormati dibawah Perlembagaan.

Jika nak pihak mahkamah menentukan kedudukan mereka sebagai satu badan NGO, itu bukan isu sebenarnya. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah mengenai arah tuju gerakan tersebut.

Apa tujuannya gerakan NGO itu ditubuhkan? Apa fungsi utama mereka dalam dunia Islam? Adakah kehadiran mereka dapat membantu dakwah Islamiah dikalangan masyarakat secara umum?

Sebagai rekod, SIS telah ditubuhkan pada tahun 1988 yang pada ketika itu diketui oleh Amina Wadud, yang pernah menjadi Imam solat Jumaat di Gereja Besar Keuskupan, New York.

Penekanan utama yang diberikan oleh SIS, selain memperjuangkan Hak Wanita Islam adalah untuk 'Mentafsirkan Semula Al-Qur'an dan Hadith' mengikut perkembangan budaya dan Sejarah.

Sekiranya pemahaman seumpama itu menular dikalangan masyarakat Islam di Malaysia dan kemudiannya memberi tanggapan yang salah kepada Bukan Islam, sudah tentu ianya akan menimbulkan kecelaruan Akidah.

Maka, adalah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak MAIS serta Jawatankuasa Fatwa Selangor untuk melabelkan gerakan tersebut sebagai 'Sesat'. Kalau dibiarkan mereka menular, alamat jahanam la akidah umat Islam di Malaysia ni dibuatnya!!!

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply