Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kanak-kanak berkenaan diculik hampir sejam ketika dia menunggang basikal bersama seorang rakannya di depan rumah.
Menurutnya, polis bertindak melakukan gerakan mengesan selepas menerima aduan.
“Ketika berbasikal itu, seorang lelaki tiba-tiba menghampiri mereka sebelum menarik kanak-kanak itu masuk ke dalam keretanya. Tapi, selepas kira-kira 22 kilometer dari lokasi kejadian, tayar kereta suspek tiba-tiba tersangkut dalam selut.
“Kesempatan itu memberi ruang kepada kanak-kanak itu melarikan diri. Dia kemudian ditemui seorang wanita di kawasan terbabit sebelum diserahkan kepada polis,” katanya, di sini, malam tadi. – hmetro
No comments: