KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di Terengganu pada sebelah malam ini bertambah buruk menyaksikan lima daripada tujuh daerah kini terjejas banjir disebabkan hujan yang masih turun sejak malam semalam.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga 9 malam ini, jumlah mangsa meningkat kepada 480 orang berbanding 134 mangsa yang dicatatkan pada sebelah petang tadi.
Sebanyak 14 pusat pemindahan dibuka iaitu di daerah Besut satu pusat membabitkan 10 mangsa, Setiu lima pusat (211 mangsa), Hulu Terengganu 2 pusat (46 mangsa), Kuala Terengganu satu pusat (18 mangsa) dan Kemaman lima pusat (195 mangsa).



“Saya memang dah bersedia awal dan semua barang sudah diangkat ke tempat lebih tinggi sejak sebulan lalu.
“Pagi tadi saya sempat meletakkan pakaian anak-anak serta tiga cucu ke dalam van sebelum berpindah 7.30 pagi sebelum air naik ke paras paha dalam rumah,” katanya ketika ditemui Bernama di Balai Raya Padang Kubu hari ini.
Zaiti berkata pengalaman banjir tahun lalu yang telah memusnahkan barang dapur serta sebuah kereta milik suaminya, Mohamad Ngah, 56, menyebabkan mereka sekeluarga lebih bersedia untuk menghadapi banjir tahun ini. – Bernama
No comments: