» » OMBAK GANAS: Elak bermain di tepi pantai


Fenomena ribuan kerang yang mendarat di Pantai Seberang Takir, di sini, kelmarin, menjadikan kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai walaupun keadaan cuaca dan ombak tidak menentu.

Keadaan seperti itu tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana dibimbangi kejadian buruk berlaku, apatah lagi orang ramai terlalu teruja mengutip hidupan laut itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pihaknya melakukan pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Katanya, walaupun tiada insiden buruk berlaku, tetapi pihaknya memandang serius isu ini kerana tidak mahu insiden remaja yang dilaporkan hampir lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang di Marang, bulan lalu, berulang di daerah ini.

“Buat masa ini, kita menugaskan anggota membuat rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan. Bukan niat menghalang mereka, tetapi keselamatan dan nyawa lebih penting ketika ini.

-Metro

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply