DUNGUN – Seorang Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas kenderaan serbaguna (MPV) yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 341.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Felda Kerteh 2, dekat sini, petang semalam.
Mangsa, Leftenan Kolonel Zahari Mustaffa, 51, yang bertugas di Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut maut di tempat kejadian setelah Toyota Innova yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik dengan keadaan keempat-empat tayarnya ke atas kira-kira pukul 6.50 petang.
Ketika kejadian, mangsa yang dipercayai dari arah Kuala Lumpur selepas menziarahi isterinya yang sakit dalam perjalanan pulang untuk bertugas di Besut sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
Sepasukan enam anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. – Bernama
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: