» » Pas tak habis-habis nak berpolitik


Bagi menghormati kemangkatan Nenda Tuanku Sultan Mizan, Program Karnival TTB yang bakal berlangsung pada 29 hingga januari ini ditanggunhkan kepada tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

Namun lain pula ceritanya dengan parti yang kononnya hebat memperjuangkan islam namun langsung tidak peka terhadap situasi dan  keadaan ini apabila tetap dengan sikap ego dan sombong tidak mahu mengalah dan masih meneruskan program  politik   mereka dengan penganjuran HARAP 3.1.

Begitu angkuh dengan rasa hebat, Badan Perhubungan PAS Terengganu sanggup mengisytihar perang dengan Kerajaan Negeri dan Y.A.B Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.

Program Karnival TTB yang sepatutnya berlangsung pada hujung bulan ini merupakan program karnival kerjaya kepada anak-anak muda dengan peluang pekerjaan dan juga pelbagai program keagamaan, namun, Kerajaan Negeri dan UMNO tetap menjadi sasaran cacian dan makian mereka yang ‘meroyan’ dengan rasa bongkak.

Kononnya merekalah yang lebih berhak dan layak menganjur program hingga bertindak bodoh melemparkan pelbagai tohmahan, cacian dan fitnah sehingga membuat kenyataan media menentang UMNO dan Kerajaan Negeri.

Tidak sedarkah mereka yang sikap angkuh dan sombong  serta kebudak-budakkan  mereka ini boleh menimbulkan huru-hara dan  melaga-lagakan rakyat?

Nampak gayanya, Badan Perhubungan Pas Terengganu perlu ‘disekolahkan’ untuk  belajar tentang penghormatan dan toleransi jika mahu rakyat menghormati mereka.


WALAUBAGAIMANAPUN, GELOMBANG Transformasi Terengganu Baharu yang diperkenalkan YAB MB Terengganu sudah menapak di hati rakyat yang sudah pandai menilai yang mana kaca dan  yang mana permata  dan  transformasi  ini  membuatkan mereka seperti cacing kepanasan.

Dan slogan yang sering dilaungkan oleh Dato' Ahmad Razif  'Kecil Bagi Kita Besar Bagi Rakyat' telah diterjemahkan dan dizahirkan dengan segala kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh Dato' Ahmad Razif, Menteri Besar yang cukup disayangi dan dihormati rakyat.

Apa yang ada pada PAS?? Mereka hanya tahu ‘membebel’menyalahkan kerajaan tanpa bertindak. Di saat MB Terengganu menyinsing lengan baju ,menyinsing seluar meredah lumpur ke Kelantan dan Pahang melawat mangsa banjir, di mana mereka? goyang kaki di rumah main facebook??Tunjuk pandai di depan komputer kononnya hebat menjadi ‘keyboard warrior’??

Moga Terengganu sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat dari Allah S.W.T serta di jauhi dari segala fitnah mereka yang sentiasa menyelak kain orang tanpa menyedari kain sendiri dah koyak rabak.

-IS-

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply