» » BANGUN TIDUR TERBAYANG DUIT RM.2.6 BILION... DERMA.....



Pagi ini aku bangun tidur baca penuh cerita sindir sinis di media sosial pertawakan RM 2.6 Bilion dalam akaun Najib Razak adalah wang derma yang disahkan oleh SPRM.

Aku rasa masyarakat maya Malaysia memang bodoh, tolol dan tongong.  Seingat aku Najib Razak tidak pernah menyatakan akaun peribadi tersebut tidak wujud. Tapi kalau kau orang ingat (tak pekak dan tuli) ayat Najib Razak lebih kurang begini "saya tidak ambil duit dana strategik negara untuk kepentingan peribadi".

Maknanya, pelayar media sosial memang bahlul dan tidak faham bahasa atau memang sengaja cara salah, patutnya jelaslah bahawa duit RM 2.6 Bilion bukan dari 1MDB.

Kamu semua faham tak ? Bukan dari 1MDB. Aku ulang semula bukan dari 1MDB. Tapi dari wang derma. Malam tadi bukan main Facebokers Bahalul menjaja keraguan kononnya siapa hendak derma duit Bilion-Bilion ?

Engkau orang nie pandailah sikit !!! Jangan jadi bodoh. Kau ingat Najib Razak tukang basuh pinggan ? Broker projek yang hendak jarah duit orang ? Atau kutu belahak macam kau orang ? Dia Perdana Menteri Malaysia !

Sebab itu kau orang kena lihat keraguan Tun M bukan pada istilah DERMA tapi mengapa dalam akaun peribadi ! Itu aku boleh terima sebab beliau tahu kapasiti sebagai PERDANA MENTERI bukan sebagai Facebookers jalanan kucing kurap ! Kutu Belahak bak kata orang Nogori ....

Aku pernah bekerja di pejabat Pembesar Negara, sewaktu Ramadhan lalu seorang pembesar menerima hamper sahaja lebih dari 1000 hampers tanpa DIMINTA ! Sewaktu sekolah dulu ada junior dapat burgers atas locker lebih dari 10 biji kerana ramai orang suka. Mereka tidak meminta pun tapi orang hendak bagi ! Apa yang tidak logiknya ... Its normal sebagai Pembesar Negara.

Sebab kau pungut derma dapat RM 10 aje ... maka kau tak percaya orang lain dapat derma RM 2.6 Bilion. Bodoh kau orang nie ...

Cuma keraguan Tun M ada bernasnya ... mengapa dalam akaun peribadi ! Untuk makluman Tun M, zaman sudah berbeza ... zaman dulu bantuan dan saluran dana semuanya dalam satu sistem dan prosedur yang banyak melibatkan birokrasi. Nak dapat duit bantuan kena tunggu 2 tahun baru merasa. Ini keluhan di fakir yang pernah ada pengalaman.

Jadi apabila Pembangkang amal budaya bantuan terus ke tangan mangsa banjir, keilatan kekal dan lain masalah kecemasan maka pemimpin UMNO tercabar lalu membuat program touch point (direct ke tangan penerima) pada hari kejadian juga. Ini transformasi. Mana nak ambil duit cash waktu itu juga untuk rakyat ?

Jadi wang tersebut harus di LETAKKAN SECARA RAHSIA DAN SELAMAT dalam akaun pemimpin tertinggi secara PERIBADI. Dimaklumkan juga Najib Razak bagi terus duit tersebut kepada Ketua-Ketua Bahagian UMNO untuk menyalurkan duit ini kepada masyarakat bawahan.

Yang aku paling sakit hati ... ayat Facebookers ..
RM 2.6 Bilion siapa hendak derma ? Takkan sebanyak itu untuk pilihanraya ??? Soalan bangang ! Duit itu memang masuk seketul ke akaun Najib Razak ... tapi kita tahu ke cara mana kaedah pengumpulan dana tersebut sebelum masuk seketul ke akaun Najib Razak.

Engkau ingat tak dalam tempoh PRU 13 ... negara kita ada 16 Pilihanraya kecil. Sebab ada ramai pemimpin mati sakit jantunglah ...  dan yang tidak boleh tahan ... pemimpin kau orang "kaki bontot dari Permatang Pauh" berapa kali buat PRK ? Kau orang dah lupa PRK Kajang yang kau sengaja suruh Cina Sepet tue letak jawatan untuk Wan Azizah jadi MB Selangor ? Kau dah lupa ????? Dasar Kutu Belahak !

Memang syarat dalam pilihanraya kos satu calon dalam sekitar RM 200,000. Tapi dalam politik, ada kos yang diisytiharkan dan ada kos yang tidak diisytiharkan. Cukup ker dengan RM 200,000 untuk satu pilihanraya ? Nak bayar duit kempen, jentera, poster ... itu belum lagi nak bayar blogger ... kau ingat Malaysia macam dulu ? Berkempen hanya 2 minggu dalam PRU.

Pembangkang yang mentradisikan berkempen 24 jam sehari dalam tempoh sepenggallah (5 tahun) wahai Tongong dan Bahalul sekalian ! Cukup ke RM 2.6 Bilion tue ...

Sebab itu otak engkau orang kena fikir cerdik sikit ... istilah SPRM wang derma ... ayat pemimpin UMNO cabar DAP declare duit modal pilihanraya mereka ... PKR kena isytihar juga .... tapi cabaran ini dilayan sepi oleh mereka ini. Tidak adil dalam politik.

Yang perlu disiasat siapa dedahkan kepada Wall Street Journal akaun tersebut ? Bank Negara ... Ambank ... Peguam Negara ... atau siapa ?

Malaysia sekarang sudah tidak ada RAHSIA.
Copy dari Kamar Sebelah

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply