» » Raja Bahrin Shah khianati perjuangan??


Nampaknya Ahli Parlimen (Pas) Kuala Terengganu, YBM Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah kini diserang hebat oleh kalangan pimpinan Pas Terengganu sendiri, berikutan diumumkan sebagai Pengerusi Penaja Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Terengganu.

Penolong Setiausaha Pas Negeri Terengganu, Zakaria Dagang menyifatkan Raja Bahrin telah mengkhianti perjuangan.

Malah menurut Zakaria melalui Facebooknya mengingatkan Raja Bahrin supaya tidak mudah meletakkan harga diri ke tempat yang akhirnya akan membawa KEHINAAN DI DUNIA dan lebih-lebih lagi AKHIRAT.

Berikut adalah petikan kata-kata Zakaria Dagang terhadap YBM Dato’ Raja Bahrin:

“Khusus kepada YBM Dato’ Raja Kamarul Baharin Raja Ahmad Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang telah diisytiharkan malam tadi sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Terengganu dalam satu majlis di Jertih, Besut.

Ingatlah bahawa dalam masa anda mengimpikan sebuah harapan baharu, anda telah mengecewa dan menghancurkan harapan majoriti rakyat di Parlimen Kuala Terengganu yang telah mengundi anda mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam pilihan raya umum yang lalu.

Ingatlah bahawa bukan itu sahaja, tetapi anda telah mengkhianati sebuah perjuangan. Apakah anda lupa dengan bai’ah yang anda lafazkan ketika menjadi calon pilihan raya lalu? Atau anda hanya bermain-main dengan bai’ah itu?

Sebagai seorang yang bijak pandai dan profesional, jangan terlalu mudah meletakkan harga diri anda di tempat yang akhirnya akan membawa kehinaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Ingatlah bahawa perjuangan Islam ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main”.

Sebelum ini Pas Kuala Terengganu telah pun memulau Raja Bahrin dengan meminta supaya ahli Pas tidak memberi pertolongan,kerjasama dan membantu Ahli Parlimen (Pas) Kuala Terengganu itu. -sumber

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply