» » Pengerusi DAP Pahang mahu saman Mufti Pahang...Mana suara orang Islam...???



Sedih lagi menghinakan, apabila ada segelintir pihak dan individu yang mahu mengaut keuntungan politik murahan. Lebih memalukan dan teramat malang apabila yang mempertikaikan khutbah adalah orang Melayu yang mengaku Islam tetapi menjadi lisan dan tangan puak kafir harbi.

Polemik pertikaian khutbah solat Aidil Adha baru-baru ini masih belum padam malah semakin marak apabila saya difahamkan adanya ura-ura Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab mahu menyaman Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

Memang benar negara kita mengamalkan hak kebebasan bersuara dan sesiapa juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang jika beliau yakin di pihak yang benar.

Namun,satu perkara yang berlegar di benak fikiran saya,dimanakah suara Melayu-Islam yang mahu respon dan mempertahankan Mufti Pahang?

Saya menyeru semua parti yang mendokong agama Islam sebagai wadah utama perjuangan baik Pemimpin dan Ahli UMNO,Pemimpin dan Ahli PAS mahupun Pemimpin dan Ahli PAN harus memainkan peranan dan memastikan sikap kurang ajar DAP mengecam Mufti Pahang dan Agama Islam ini tidak berlanjutan.

Peringatan saya pada parti DAP, cukup-cukuplah bermain api politik perkauman dan keagamaan ini, DAP harus insaf bahawa merekalah yang sebenarnya punca perpecahan kaum di negara ini. Sampaikan khutbah Aidil Adha umat Islam pun mahu dipertikaikan?

Kepada Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman, terima kasih dan tahniah kerana tidak berganjak dari saf daulah Islamiyah. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat pejuang tulen Alif (Agama) Ba (Banngsa) dan Ta (Tanah Air).

-Abdul Rahman Mohamad-
Ahli Parlimen  Lipis
Ketua UMNO bahagian Lipis

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply