» » Anwar Tak Restu Penggunaan Logo Dan Satu Nama?



Baru-baru ini, Mahathir memaklumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menyertai Pakatan Harapan. Mahathir turut memberitahu PPBM mahu nama dan logo pakatan ditukar.

Sementara presiden PPBM, Muhyiddin Yassin pula mencadangkan supaya nama Pakatan Harapan ditukar kepada Barisan Rakyat.

Namun hasrat berkenaan tidak kesampaian apabila mesyuarat presiden Pakatan Harapan yang diadakan beberapa hari lepas telah menolak cadangan pertukaran nama berkenaan.

Susulan itu timbul cakap-cakap politik bahawa Anwar Ibrahim tidak merestui penggunaan satu logo dan satu nama, seperti yang dicadangkan itu dan sebarang pertukaran logo atau nama baru bagi gabungan terbabit dikatakan perlu mendapat restu daripada Anwar sendiri.

Walaupun ia hanya sembang-sembang politik tetapi perkara itu mula diperkatakan oleh banyak pihak. Apatah lagi ketika ini Mahathir dikatakan meneutralkan pengaruh Anwar dalam Pakatan Harapan.

Mahathir juga cuba membentuk acuannya sendiri dalam pakatan, sama seperti yang cuba dilakukan dalam UMNO dan ke atas pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, namun beliau tidak berjaya.

Bukan itu sahaja, terdapat bayangan PPBM mahu mengetuai Pakatan Harapan, susulan kenyataan Muhyiddin baru-baru ini bahawa adalah penting bagi memastikan pakatan itu dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.

Mungkin disebabkan itu juga, Anwar telah menggunakan kesempatan yang ada untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah ketika beliau melawat presiden PKR itu di hospital.

Anwar menghabiskan masa selama 45 minit untuk bertemu Wan Azizah. Punca Wan Azizah masuk hospital bagaimanapun tidak diketahui.

Sakit politik rupanya. 45 minit berbincang mengenai strategi politik bila PPBM masuk PH. Anwar masih memberi arahan kerana tidak mahu impiannya menjadi PM terpadam. Logo dan nama baru untiuk Pakatan, tidak dipersetujui Anwar.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply