Ketibaan Raja Salman Jawab Polemik 2.6b
KETIBAAN Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud semalam adalah bukti tuduhan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menipu menerima derma RM2.6 bilion dari keluarga Diraja negara itu adalah tidak berasas dan fitnah.
Masih ingat Dr Mahathir pada tahun 2015, menyatakan jika orang Arab itu gila pun dia tidak akan memberikan derma sebanyak itu kepada Najib.
“Duit itu daripada “Tok Arab”. Saya ingat kalau Tok Arab itu gila pun dia tak bagi.
“Minta derma dari negara Arab? Masa saya minta tak pernah dapat..kosong.. dia (orang Arab) angkat kitab bagi sikit adalah itu,” katanya lagi tidak mempercayai kebenaran.
Cerita Mahathir ini terbukti fitnah dan karut. Lebih karut bila tuduh tok arab sebagai gila.
Namun, jika diikutkan secara logik dan mata kasar pula, takkanlah setelah isu derma RM2.6 bilion berkenaan menjadi viral dan `dikutip' oleh media-media antarabangsa serta bahkan pasti di bawah pengetahuan Arab Saudi, masakan Raja Salman masih sanggup untuk mengunjungi Malaysia.
Sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai pengaruh dan merupakan negara antara pengeluar minyak utama dunia, mereka tidak akan sanggup hadir membuat lawatan rasmi ke negara yang menipu mereka.
Lebih luar biasa lagi, mengapa Malaysia pula tetap menjadi pilihan destinasinya yang pertama di rantau ini berbanding Indonesia yang memiliki umat Islam teramai?
Lawatan Raja Saudi ini boleh dianggap pencapaian tertinggi pentadbiran dan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun Malaysia juga berpengalaman menjadi hos kepada Presiden Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Perancis dan beberapa kuasa besar dunia lain.
Meskipun berdepan pelbagai tekanan politik domestik, rakyat wajar berbangga kerana ini tidak menggugat pertimbangan penglibatan hubungan diplomatik dengan negara-negara kuasa besar ini.
Menariknya lagi dalam kunjungan Raja Salman nanti, memasuki hari ketiga dan keempat akan dimeterai banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang sekali gus akan menutup isu yang mengelirukan berkaitan derma RM2.6 bilion berkenaan.
Syabas Perdana Menteri! teruskan komitmen anda untuk pembangunan ummah dan ekonomi negara.
-Sumber
No comments: