» » PAS kesal PKR boleh percaya fitnah RM90 juta


PAS melahirkan rasa kecewa terhadap PKR kerana mempercayai fitnah berhubung dana RM90 juta yang didakwa diterima dari UMNO oleh PAN.

Perkara itu dizahirkan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mengungkit semula mengenai isu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dengan isu RM90 juta dituduh oleh pemimpin PAN.

“Kes liwat babitkan Anwar dua kali disabitkan di mahkamah tetapi PAS tak percaya, tiba-tiba PKR boleh percaya PAS ambil duit RM90 juta tanpa ada bukti,” kata belia baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada ceramah HARAP 3.5 PGU di Besut, Terengganu baru-baru ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan tuduhan bekas naib presidennya, Datuk Husam Musa itu sebagai tidak logik.

Ia tidak logik kerana gambar cek RM90 juta itu yang berlegar-legar di internet sejak tahun 2012 tidak mempunyai tandatangan yang menjadi salah satu syarat wajib untuk mana-mana bank menerimanya, jelas beliau.

“Bagaimana cek yang tidak ditanda tangani boleh digunakan untuk memasukkan duit ke dalam mana-mana akaun, tak masuk akal.

“Bodoh benarlah kalau ada bank yang mahu cek yang tidak ditanda tangani,” katanya.

Sebelum ini, Husam dalam ceramahnya di pentas PAN mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply