Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels pernah berkata : "Jika anda beritahu satu pembohongan yang cukup besar dan terus ulangnya berulang kali, lama kelamaan orang akan percaya pembohongan anda itu."
Mengambil prinsip inilah, Mahathir bertindak melakukan fitnah dan cerita bohong ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan niat mahu menggulingkannya.
Lalu Mahathir mengambil 1MDB sebagai alat untuk dia membina persepsi buruk terhadap Najib dan kerajaan.
Sebenarnya, tuduhan asal Mahathir iaitu Perdana Menteri adalah mencuri/melesap RM42 bilion wang 1MDB masuk ke akaun peribadinya sendiri. Selepas itu ditukar pula angkanya menjadi sebanyak RM27 bilion turut lesap hasil kononnya hasil perbuatan Najib.
Adakah Kerajaan dan 1MDB tidak menjawab? Pembohong sama sekali.
Sudah beratus siri jawapan telah dikemukakan beserta bukti yang menunjukkan semua dakwaan dan tuduhan Mahathir itu tidak benar.
Hanya tinggal tuduhan dan dakwaan semata mata tanpa ada sebarang bukti.
Bila tahu jawapan sudah diberi, pembangkang sengaja buat pekak telinga dan butakan mata.
Pernahkah Mahathir menjawab dengan begitu baik isu Skandal Forex RM30 billion, isu BMF dan kekayaan anak anaknya? Tidak sekali pun.
Berbeza dengan isu 1MDB, tidak cukup dengan kenyataan dalaman, agensi asing juga turut membuktikan bahawa isu 1MDB yang di bawa Mahathir adalah fitnah.
Terbaru, 4 April 2017 Badan kewangan Switzerland FINMA telah menghentikan siasatan terhadap UBS Group AG (UBSG.S) berkaitan dengan dana 1MDB kerana tiada asas pembuktian.
Pada Mac 2017, portal berita antarabangsa 'The Independent' melaporkan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS sedang menyiapkan kes jenayah terhadap pembiaya Malaysia Low Taek Jho – yang biasa dikenali sebagai Jho Low.
Berita ini hanyalah khabar angin semata mata. “Wall Street Journal atau The Independent sengaja mereka cerita tersebut.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 30 Mac 2017, Kementerian Kewangan berkata 1MDB telah menyelesaikan sepenuhnya kesemua hutang pada 2015 dan 2016.
“1MDB telah memperoleh tunai sebanyak RM10.97 billion pada tahun 2015 dan 2016 melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Sdn Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan lot tanah di projek Tun Razak Exchange,” kata kementerian itu.
Bila selesai hutang pun Mahathir masih tidak puas hati. Semalam sesi perbahasan Dewan Rakyat sampai ke pagi, mana dia soalan berkaitan ini? Pembangkang tidak berani pun hendak tanya sebab mereka tiada bukti. Hanya main persepsi semata mata.
Dan banyak lagi bukti-bukti jelas menunjukkan betapa Najib Razak tidak bersalah dalam isu 1MDB. Isu ini hanya persepsi "big lie" yang dicipta Mahathir dan pembangkang dengan kerjasama dari media barat dan seperti Wall Street Journal dan Sarawak Report.
Media media ini sekadar mengulangi cerita sama kerana mengambil prinsip propaganda yang pernah diamalkan oleh Joseph Goebbels.
Jika Mahathir, Tony Pua, Rafizi Ramli, Wall Street Journal dan pembangkang berada di pihak yang benar, kenapa mereka terkedu, tersipu dan berdiam diri ketika segala bukti dan penafian berserta fakta didedahkan oleh pihak media dan kerajaan?
Kenapa mereka tidak pula pernah menjawab persoalan balas yang dilontarkan pihak kerajaan dan 1MDB kepada mereka selama ini? Mereka tahu bahawa mereka di pihak yang salah. Mana mungkin orang yang bersalah mampu menjawab soalan fakta kerana hakikatnya mereka tiada jawapan sebenar.
Sudah terang lagi bersuluh, 1MDB menjadi bahan "big lie" Mahathir dan kuncu kuncunya. Nampaknya pembangkang sudah mati kutu berkenaan 1MDB. Apa lagi mereka hendak "recycle" ?
Terpaksalah serang pula pelaburan Aramco dan ECRL. Lemah sungguh pembangkang di Malaysia. Cuba mengagalkan pelaburan yang baik untuk ekonomi negara semata mata hendak memuaskan nafsu politik.
Pembangkang seperti ini bukannya sayang negara sendiri. Mereka lebih gilakan kuasa hingga sanggup musnahkan apa apa sahaja.
Berhentilah menyokong pembangkang seperti ini. Isu 1MDB dan Lynas menjadi contoh. Kebenaran akhirnya datang kepada pihak yang benar.
No comments: