» » Kenapa aku tinggalkan PAS....



Kenapa aku tinggalkan Pas dan pilih AMANAH? Kerana aku dapati aku terpaksa buat terlalu banyak U-Turn jika mahu terus kekal dalam Pas. Antaranya;

1. U-Turn yang pertama adalah apabila terpaksa melupakan permusuhan dengan Umno malah menganggap Umno sebagai rakan bahkan harapan untuk memperjuangkan Islam.

2. Terpaksa juga menerima RUU355 yang suatu ketika dahulu Pas tolak kerana menganggap ia undang-undang penjajah sedangkan Pas mahukan Hudud yang tulen.

3. Terpaksa menjilat ludah sendiri kerana Amanat Hadi sudah tidak lagi terpakai walaupun ia sebenarnya begitu sebati dalam diri.

4. U-Turn lagi apabila terpaksa bermusuhan dengan DAP walaupun suatu ketika dahulu menganggap DAP adalah rakan sambil mengakui hak DAP untuk menolak Hudud.

5. Memadamkan impian untuk merampas Putrajaya dan menganggap ianya impian kosong. Kata² "bukan gila kuasa tapi nak rampas kuasa dari orang gila" terpaksa dilupakan.

6. U-Turn berikutnya apabila tidak lagi meletakkan keselesaan rakyat sebagai sebahagian dari perjuangan. Suatu ketika dahulu Pas mendakwa negara berkebajikan juga sebahagian daripada konsep negara Islam.

7. Melupakan perjuangan menentang korupsi apabila dasar berbaik dengan Umno dilaksanakan dan perhubungan antara dua presiden diperkukuhkan dengan pelbagai program dibuat bersama.

8. U-Turn yang berikutnya apabila terpaksa melupakan akhlak Islamiyah dengan memperbanyakkan maki hamun dan mencarut dalam menghadapi musuh Pas terutamanya Amanah dan DAP.

9. U-Turn terbesar apabila hilang jati diri sebagai pembangkang dengan menjadi pihak yang paling kuat mengutuk pembangkang dan dalam masa yang sama bisu terhadap kemungkaran Umno/BN.

10. Terpaksa menganggap Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Mazlan Aliman, Hanipa Maidin, Husam Musa, Lim Guan Eng dan ramai lagi sebagai musuh walhal suatu ketika dahulu mereka inilah yang dicanang sebagai tokoh yang hebat dan menjadi idola.

Manakala dengan Amanah, aku tak perlu sebarang U-Turn kerana Amanah istiqomah terhadap perjuangan asal Pas. Jika adapun U-Turn yang perlu dibuat, hanya ada 2 perkara.

1. U-Turn yang pertama apabila terpaksa menganggap pemimpin Pas sebagai musuh sedangkan dulu selalu memuji mereka. Tetapi ini terpaksa dilakukan disebabkan oleh perubahan sikap pada pemimpin tersebut.

2. U-Turn terbesar apabila terpaksa menjadikan Amanat Hadi sebagai senjata walaupun dulu bermatian mempertahankan amanat tersebut.

Demi mempertahankan dasar perjuangan yang sama dan menenteramkan hati dari gundah gulana kerana terpaksa menjadi apa yang aku tak mahu jadi, maka jalan terbaik hanyalah dengan menyertai Amanah. Kerana dengan Amanah, aku tetap menjadi diriku dan Umno kekal sebagai seteru...

           

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply