MAHATHIR & 1MDB
1. Dewan Rakyat diberitahu bahawa 1MDB tiada lagi hutang bank atau hutang jangka pendek. Namun Tun Mahathir tampil dengan kenyataan balas dalam blognya.
2. Sedangkan isu anak buahnya membolot keuntungan dari PROTON menjadi buah mulut, tetapi Mahathir mendiamkan diri, tidak seperti 1MDB.
3. Rakyat perlu faham bahawa 1MDB itu nyawa survival Mahathir. Jika kisah 1MDB selesai maka tamatlah serangan Mahathir terhadap Najib. 1MDB dijadikan sebagai alat untuk Mahathir menjatuhkan Najib.
4. Dalam entri blog terbarunya bertarikh 30 Mac, Mahathir meletakkan 14 isu dan persoalan, bukan dalam bentuk pembuktian. Mahathir perlu tahu, kenyataan yang telah dibuat di Dewan Rakyat direkodkan dalam hansard Parlimen, maksudnya ia tidak boleh lari dari fakta seperti isu penyelewengan wang Bank Negara dan FOREX.
5. Mahathir risau beliau dilihat “bodoh” dan “out of tune” jika masih bergantung kepada isu 1MDB, maka dia terus berpura-pura menyoal soalan berprofil tinggi.
6. Sebenarnya Mahathir tidak layak bercakap mengenai perniagaan kerana beberapa syarikat musnah di tangannya seperti Proton.
7. Proton sepatutnya telah lama bekerjasama dengan rakan strategik (strategic partner) namun kerana beliau, Proton masih bergerak sendirian. Hasilnya, Proton masih tetap dibantu kerajaan hingga terpaksa disuntik dana RM1.5 bilion.
8. Itulah sebabnya Mahathir hilang kelayakan menegur 1MDB. Pelbagai kes kerugian dan kehilangan wang rakyat melalui perniagaan lain yang ada campur tangan beliau sendiri seperti MAS, PERWAJA, MAMINCO dan FOREX.
No comments: