» » Majoriti rakyat masih mahukan BN kekal memerintah


Lawatan kerja sehari PM Najib ke Terengganu menggambarkan betapa Terengganu amat dekat di hati beliau.

Ketibaan PM Najib di Terengganu kelmarin di sambut ribuan orang menunjukkan sokongan rakyat terengganu kepada beliau walaupun beliau teruk di hentam segenap penjuru oleh orang-orang yang dengki dengan kejayaan beliau membawa Malaysia ke satu era yang amat luar biasa di mata dunia.

Walaupun dihunus dengan pelbagai fitnah dan tohmahan beliau tetap bersemangat memimpin negara demi memastikan rakyat akan terus selesa untuk jangka masa panjang.

Walaupun rakyat melihat kebanyakan yang dibuat oleh pentadbiran PM Najib bukanlah untuk popular tapi majoriti rakyat tahu setiap keputusan yang dibuat adalah demi rakyat untuk jangka masa panjang.

Kejayaan pentadbiran beliau menarik pelaburan China untuk membina ECRL (Lingkaran Jalan Keretapi Pantai Timur) di Pantai Timur di lihat akan membawa pulangan ekonomi yang amat baik untuk negeri-negeri Pantai Timur khususnya untuk Terengganu.

Apabila projek ECRL kelak ianya pasti akan memacu kegiatan ekonomi penduduk setempat dan ianya pasti tidak akan tertumpu untuk membuncitkan perut segolongan manusia sahaja.

Umum tahu negeri-negeri Pantai Timur merupakan negeri yang majoritinya berbangsa Melayu dan In Sha Allah projek ini akan meningkatkan taraf ekonomi bangsa Melayu yang dilihat tenggelam ketika era Perdana Menteri Ke 4 dahulu.

In Sha Allah projek berjiwa rakyat seperti ECRL ini akan dapat membuka minda orang-orang Melayu bahawa setiap apa yang kerajaan lakukan adalah untuk kepentingan rakyat keseluruhannya dan bukannya hanya untuk sesetengah orang sahaja.

Yang pastinya apabila ia siap kelak, Terengganu pasti akan berubah ke arah yang lebih baik. Rakyat majoriti mendoakan agar kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Terengganu akan terus kekal ditadbir oleh Barisan Nasional dalam PRU 14 akan datang dan untuk selamanya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply